Utusan Borneo (Sabah)

WWF-Malaysia gesa pihak berkuasa bertindak tegas terhadap kegiatan mengebom ikan

-

KOTA KINABALU: Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia menggesa pihak berkuasa bertindak segera menghentik­an kegiatan penangkapa­n ikan secara tidak sah, tidak dilaporkan dan tidak terkawal (IUU), khususnya kegiatan mengebom ikan dan larangan terhadap bot pam, yang biasanya dikaitkan dengan kegiatan penangkapa­n ikan secara haram.

Ketua Sementara Marin, WWFMalaysi­a Monique Sumampouw berkata kaedah mengumpul ikan seperti itu bukan sahaja menyalahi undang-undang, tetapi ia berbahaya kerana menggunaka­n bahan letupan yang membahayak­an penduduk dan memusnahka­n habitat ikan seperti terumbu karang.

“Menghentik­an penangkapa­n ikan secara tidak sah adalah satu pelaburan untuk masa depan kita untuk melindungi dan memulihara kehidupan marin kita serta melindungi rakyat kita.

“Janganlah kita kehilangan kehidupan marin sebagaiman­a kita telah kehilangan badak kita di alam liar,” katanya dalam satu kenyataan berita, di sini pada Ahad.

Sumampouw menekankan pentingnya peningkata­n rondaan dan pemantauan, serta memantapka­n penguatkua­saan untuk mencegah pengeboman ikan pada masa akan datang.

Beliau berkata berdasarka­n kajian tiga bulan yang dijalankan oleh WWF-Malaysia di Semporna antara bulan Jun-September tahun lepas, sebanyak 263 pengeboman ikan telah direkodkan.

Adalah mengejutka­n bahawa hanya dalam tempoh tiga bulan kajian telah mencatat purata 65 kes pengeboman ikan pada 2018.

Sumampouw berkata WWFMalaysi­a sedih dan kurang senang dengan kematian penyelam di Semporna beberapa hari lepas yang mungkin dikaitkan dengan pengeboman ikan.

“Kami ingin menyatakan rasa simpati yang tulus kepada keluarga penyelam dan kawan-kawan mereka. Kematian mereka adalah tragik, dan kami tidak mahu perkara ini berulang pada orang kain, “katanya.

“Dalam pihak berkuasa menyiasat secara menyeluruh, WWF Malaysia ingin menekankan tentang betapa seriusnya perbuatan pengeboman ikan yang masih berlaku di Sabah sejak beberapa dekad,” tambah beliau.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia