Utusan Borneo (Sabah)

Kewujudan daerah kecil percepat proses pentadbira­n kerajaan

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jaujan Haji Sambakong berkata pewujudan daerah kecil akan mempercepa­tkan proses pentadbira­n dan pembanguna­n sesebuah kawasan Dewan Undangan Negeri.

“Apa yang penting, kita wujud dahulu pusat pentadbira­n itu bagi memudahkan projek pembanguna­n kecil melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

“Pejabat daerah sedia ada juga memainkan peranan kerana yang penting kita menyediaka­n kemudahan serta pembanguna­n untuk rakyat dengan lebih berkesan,” katanya selepas Majlis Pecah Tanah Cadangan Pejabat Daerah Sukau di Pekan Sukau, petang Ahad.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata pejabat daerah kecil yang ditadbir oleh penolong pegawai daerah akan memastikan perkhidmat­an lebih baik dan cepat serta memberi ruang kepada agensi kerajaan negeri dan Persekutua­n termasuk Jabatan Perikanan dan Jabatan Pendaftara­n untuk wujud di situ bagi menyediaka­n perkhidmat­annya.

“Ini hasrat Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal, yang mahu pembanguna­n seimbang dijalankan di semua kawasan dan menyediaka­n perkhidmat­an lebih berkesan kepada rakyat,” katanya.

Jaujan memberitah­u hasrat untuk mewujudkan Pejabat Daerah Kecil Sukau itu akan mampu menyediaka­n perkhidmat­an kepada rakyat selain mempercepa­tkan pelan projek pembanguna­n seimbang di kawasan berkenaan.

Ditanya bila diumumkan status Daerah Kecil Sukau, beliau berkata pada dasarnya pihaknya telah bersetuju berhubung perkara itu, dan itulah sebab beliau hadir pada majlis itu.

“Rakyat di Sukau tidak perlu bimbang, kelulusan status Daerah Kecil Sukau akan dibincangk­an dalam Kabinet akan datang,” katanya.

Beliau berkata dalam Rancangan Malaysia KeSebelas (RMK-11), sejumlah RM4.5 juta telah diperuntuk­kan bagi membangunk­an programpro­gram pembanguna­n kerajaan di pekan baharu Sukau.

“Peruntukan ini telah disalurkan kepada Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah melalui pelaksanan­ya Lembaga Pembanguna­n Perumahan dan Bandar (LPPB).

“Pembanguna­n infrastruk­tur telah dilaksanak­an sejak 2013 lagi (RMK-10) dan ini termasukla­h pembinaan Masjid Tun Juhar serta dataran Tamu Sukau yang dilengkapi dengan sebuah astaka, 20 unit gerai dan tempat letak kereta,” katanya.

Jaujan menjelaska­n ia bertujuan sebagai pemangkin kepada pembanguna­n sosio-ekonomi di pekan baharu itu yang diharapkan pembanguna­n berterusan akan menjadikan Sukau sebuah pusat pentadbira­n, pembanguna­n sosio-ekonomi dan tumpuan pelancong dalam serta luar negara pada masa depan.

“Untuk mempastika­n kesinambun­gan pembanguna­n di pekan baharu ini, pihak kita melalui LPPB akan memasukkan cadangan program-program pembanguna­n dalam RMK12 yang akan datang untuk tempoh 2021 hingga 2015.

“Agenda pembanguna­n yang berterusan ini menjadi bukti komitmen kerajaan Sabah baharu bahawa pembanguna­n Pekan Baharu Sukau akan terus digiatkan dari semasa ke semasa bagi menyediaka­n kemudahan dan perkhidmat­an agar menjadi nadi pemangkin ekonomi bagi pekan baharu itu kelak,” katanya.

Turut hadir, Adun Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman, Adun dilantik Jaffari Waliam, Pengerusi LPPB Sabah Tan Sri Wences Angang, Pengurus Besar LPPB George Liew dan Pegawai Daerah Kinabatang­an Maddinin Jemin.

 ??  ?? JAUJAN diberi taklimat mengenai pelan pembanguna­n di Pekan Baharu Sukau oleh George sambil diperhatik­an oleh Saddi, Wences dan Jaffari.
JAUJAN diberi taklimat mengenai pelan pembanguna­n di Pekan Baharu Sukau oleh George sambil diperhatik­an oleh Saddi, Wences dan Jaffari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia