Utusan Borneo (Sabah)

BERI HUKUMAN SETIMPAL

Penggunaan bom ikan perlu dibendung

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang menggunaka­n teknik bom ikan bagi mendapatka­n sumber laut di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, beliau sudah berulang kali menasihatk­an bahawa penggunaan bom ikan perlu dibendung daripada berleluasa.

“Sebagai Ahli Parlimen Semporna, dari dahulu saya sudah berulang kali menyatakan perkara ini, saya harap tindakan tegas akan diambil ke atas pihak yang terbabit khususnya dari segi penggunaan bom ikan.

“Saya juga berharap penduduk setempat yang tahu siapa yang menggunaka­n cara ini perlu berikan kerjasama kepada pihak berkuasa, cara itu bukan langkah yang memberikan keuntungan jangka panjang,” katanya ketika ditemui selepas menyempurn­akan Majlis Penyampaia­n Anugerah Program Penajaan Pendidikan Petronas 2019, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, kandungan bom itu beracun dan mampu menjejaska­n kesihatan manusia sekiranya termakan ikan yang ditangkap menerusi cara haram berkenaan.

Katanya, penggunaan bom untuk menangkap ikan adalah satu kesalahan berat dan perlu memberikan hukuman setimpal kepada mereka yang terlibat.

Ketika ditanya sama ada penggunaan pam bot perlu dihentikan, Shafie menjelaska­n kerajaan akan melihat perkara itu dengan lebih lanjut.

“Bagaimanap­un, pam bot bukan penyebab utama sebaliknya perlu melihat bagaimana mereka memperoleh­i kandungan bom itu, sama ada dari dalam atau luar negara.

“Katanya, siasatan lanjut perlu dilakukan sebelum sebarang tindakan menyekat penggunaan bot tersebut dilakukan,” katanya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Yusof Yacob, Pengerusi Petronas Datuk Ahmad Nizam Salleh dan Naib Presiden Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan Petronas Datuk Raiha Azni Rahman.

Baru-baru ini, tiga penyelam termasuk dua pelancong warga China maut dipercayai akibat terkena bom ikan ketika menjalanka­n aktiviti menyelam di perairan daerah Semporna.

 ??  ?? SHAFIE menyerahka­n Tajaan Pendidikan Petronas kepada seorang penerima sambil diperhatik­an Yusof (kiri) dan Ahmad Nizam (dua kiri).
SHAFIE menyerahka­n Tajaan Pendidikan Petronas kepada seorang penerima sambil diperhatik­an Yusof (kiri) dan Ahmad Nizam (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia