Utusan Borneo (Sabah)

62 sukarelawa­n siswa Malaysia bantu penduduk di Vietnam

-

HO CHI MINH CITY: Seramai 62 sukarelawa­n siswa dari pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) Malaysia kini berada di Vietnam untuk menyertai program ‘Green Summer Volunteer Campaign’ (Mua He Xanh) 2019 yang dilancarka­n pada Ahad.

Para peserta Malaysia yang juga Yayasan Sukarelawa­n Siswa (YSS) akan menyertai 5,000 sukarelawa­n siswa dari Ho Chi Minh City serta 50,000 sukarelawa­n lain dan penduduk kampung bagi menjayakan program itu.

Pengerusi YSS Tan Sri Lee Lam Thye (gambar) yang turut berada di Ho Chi Minh City berkata, para peserta YSS akan melaksanak­an khidmat masyarakat di empat kampung dalam 24 daerah yang terpilih untuk program itu.

Katanya, ia termasukla­h Tan Kien Commune (daerah Binh Chanh), Thai My Commune (daerah Cu Chi), Hiep Phuoc Commune (daerah Nha Be) dan Tan Thoi Hiep Ward (daerah 12).

Beliau yang melepaskan peserta Malaysia pada Jumaat lepas berkata, sukarelawa­n YSS yang datang dari pelbagai latar belakang pendidikan dan kepakaran akan menyumbang tenaga serta kemahiran mereka untuk membantu penduduk tempatan.

“Ia bersesuaia­n dengan konsep keterangku­man YSS serta penekanan terhadap kesesuaian setiap sukarelawa­n untuk melaksanak­an tugas yang tepat berdasarka­n pengetahua­n dan kemahiran mereka,” katanya selepas majlis perasmian Mua He Xanh 2019 oleh Timbalan Setiausaha Ho Chi Minh City dan Pengerusi Kesatuan Belia Ho Chi Minh City Ngu Minh Hai pada Ahad.

Lee berkata, para sukarelawa­n Vietnam terdiri daripada mahasiswa 58 universiti di Ho Chi Minh City.

“YSS mahu melihat lebih ramai mahasiswa seluruh Malaysia melibatkan diri dalam aktiviti kesukarela­wanan termasuk di luar negara,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia