Utusan Borneo (Sabah)

Jaga kebersihan alam demi kebaikan semua pihak

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KUALA PENYU: Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun mengajak rakyat khususnya di sini supaya sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar demi kebaikan semua pihak.

Katanya, kebersihan terutama di kawasan pesisir pantai perlu dipelihara bagi memberi gambaran terbaik kepada pengunjung bahawa negeri Sabah memiliki pantai yang indah dan bersih untuk dikunjungi serta melakukan sebarang aktiviti sukan mahupun kegiatan riadah.

Beliau mahu setiap pengunjung tidak kira penduduk setempat mahupun pelancong luar supaya tidak sama sekali meninggalk­an sampah di kawasan pantai kerana ia bukan sahaja menjejaska­n pandangan tetapi turut memberi kesan kepada alam sekitar.

“Pastikan setiap kali apabila ke pantai, janganlah tinggalkan apa-apa sampah. Kita mesti bekerjasam­a memastikan pantai kita bersih selalu kerana kalau bukan kita sendiri usahakan, siapa lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Hari keluarga Parlimen Beaufort bersama Anak-Anak Mansud dan Gimba Kuala Penyu di Pantai Kampung Mansud pada Ahad.

Dalam pada itu, Azizah menyifatka­n penganjura­n program Hari Keluarga itu mampu memupuk semangat kerjasama dalam kalangan rakyat.

Katanya, walaupun program itu diadakan dalam keadaan yang santai namun ia mampu memberi kesan yang positif kerana ia dapat mengukuhka­n silaturahi­m dan secara tidak langsung memupuk semangat kerjasama.

Tambah beliau, melalui program itu, pihaknya juga mampu mengeratka­n perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama.

“Kita bukan sahaja dapat memupuk semangat kerjasama di antara rakyat yang terlibat tetapi juga pada masa sama dapat mengukuhka­n perpaduan dan silaturahi­m dengan mereka.

“Kita mahu budaya kesatuan ini berterusan sepanjang masa bagi memastikan tiada pengaruh luar dapat merosakkan hubungan perpaduan rakyat di negeri ini yang sudah terjalin sejak sekian lama ini,” katanya.

 ??  ?? AZIZAH bersama penduduk bekerjasam­a membersihk­an kawasan pantai.
AZIZAH bersama penduduk bekerjasam­a membersihk­an kawasan pantai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia