Utusan Borneo (Sabah)

Projek pembanguna­n di Kemabong bakal tingkat sosio-ekonomi

-

KEMABONG: Terlaksana­nya dua projek iaitu pembinaan lot kedai komersil dan pusat kraftangan di Pekan Kemabong akan menjadi satu lagi pencetus perubahan daerah kecil ini, sekali gus bakal mengubah landskap pembanguna­n.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Jamawi Jaafar berkata dengan terlaksana­nya dua projek itu kelak akan membawa impak sosio-ekonomi di kawasan luar bandar khususnya di sini.

“Terlaksana­nya dua projek ini akan memberi peluang kepada golongan peniaga beroperasi di satu kawasan yang lebih selesa dan teratur termasukla­h penguasaha kraftangan tempatan dan ini sekali gus akan memperting­katkan peluang ekonomi,” katanya selepas mendengar taklimat dan perbincang­an bersama pegawaipeg­awai Lembaga Pembanguna­n Perumahan dan Bandar serta kontraktor pelaksana di Pejabat Urusetia Kecil Kemabong pada Sabtu.

Hadir sama ialah Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong Djamiluddi­n Kamarudin.

Menurut Jamawi, syarikat pelabur tempatan juga pasti akan mengintai peluang pelaburan di kawasan ini sekali gus ia dapat mewujudkan pelbagai sektor pekerjaan termasuk pekerjaan baharu.

“Saya berkeyakin­an walaupun Pekan Kecil Kemabong terletak di kawasan pedalaman namun dengan usaha serta strategi pemasaran yang berkesan terutamany­a dalam produk yang kita ada dalam sektor pertanian, pelanconga­n kraftangan dan sebagainya, orang luar akan berkunjung ke sini,” katanya.

Beliau berkata apabila projek naik taraf jalan raya antara Pekan Kemabong dan Rundum Highlands siap kelak, Kemabong akan menjadi pekan persinggah­an bagi pengunjung yang akan melawat dan bercuti di Rundum Highlands.

“Rundum Highlands sudah mula dikenali oleh pelancong dalam dan luar negeri ketika ini dan apabila penambahba­ikan sistem perhubunga­n jalan raya ke kawasan ini, ia akan menjadi pemangkin kepada daerah kecil Kemabong bergerak maju setanding dengan daerah lain di negeri ini,” katanya.Oleh

KENNEDDY CORLLEUS

 ??  ?? JAMAWI mendengar taklimat yang disampaika­n para pegawai sempena perbincang­an itu.
JAMAWI mendengar taklimat yang disampaika­n para pegawai sempena perbincang­an itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia