Utusan Borneo (Sabah)

Adakan Hari Bertemu Pelanggan secara kerap: Jamawi

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KEMABONG: Jabatan dan agensi kerajaan perlu kerap mengadakan program Hari Bertemu Pelanggan bagi bertemu rakyat sekali gus sebagai usaha memperkasa­kan perkhidmat­an awam di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Jamawi Jaafar berkata, rakyat merupakan pelanggan yang harus diberikan perkhidmat­an yang terbaik dalam semua aspek.

“Bagi kami yang dipilih rakyat, kami melihat bahawa kerja dan tanggungja­wab kami adalah memenuhi keperluan yang dikehendak­i oleh rakyat.

“Sebab itu kita katakan, bertemu dengan rakyat menjadi tanggungja­wab dan kewajipan kita supaya rakyat dari semasa ke semasa dapat bertemu dengan pihak yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena program Hari Bertemu Pelanggan peringkat daerah kecil Kemabong di Dataran Kemabong.

Pada masa sama, Jamawi memberitah­u menerusi program itu juga rakyat dapat menyuaraka­n cadangan dan rintihan untuk diselesaik­an.

“Program seperti ini amat bermakna buat rakyat apatah lagi mereka yang jauh tinggal di kawasan luar bandar yang kurang mendapat maklumat mengenai dasar serta program kerajaan selain bantuan yang disediakan oleh kerajaan melalui jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pembanguna­n Kemabong akan bergerak maju ke hadapan dan akan menjadi satu pusat pertumbuha­n baharu kepada rakyat.

“Daerah kecil Kemabong akan bergerak maju ke hadapan melalui pelbagai sektor antaranya pertanian dan pelanconga­n yang sememangny­a berpotensi dimajukan di kawasan ini dan menjadi penggerak kepada pertumbuha­n ekonomi rakyat,” katanya.

Menurut Jamawi, apabila terlaksana­nya beberapa projek mega seperti naik taraf jalan raya antara Pekan Kemabong dan Rundum Highlands yang menelan belanja RM212 juta dan RM179 juta bagi projek naik taraf jalan raya Kampung Ulu Tomani, pembinaan Projek Hidro Telekosang Kemabong yang menelan belanja sekitar RM450 juta akan menjadi pemangkin kepada pembanguna­n di daerah kecil Kemabong,” katanya.

Beliau berkata banyak isu dan masalah rakyat dapat diselesaik­an dalam program itu dan turut mencadangk­an Program Hari Bertemu Rakyat itu diteruskan pada setiap Jumaat minggu pertama setiap bulan.

Pada program itu, sebanyak 15 jabatan dan agensi kerajaan Persekutua­n dan negeri menyertain­ya.

Turut hadir ialah Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong Djamiluddi­n Kamaruddin, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Kemabong Burnley Balang serta ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutua­n.

 ??  ?? JAMAWI meneliti borang seorang penduduk yang memerlukan perkhidmat­an.
JAMAWI meneliti borang seorang penduduk yang memerlukan perkhidmat­an.
 ??  ?? JAMAWI ketika melayani rakyat yang berurusan di salah sebuah kaunter jabatan yang menyertai program itu.
JAMAWI ketika melayani rakyat yang berurusan di salah sebuah kaunter jabatan yang menyertai program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia