Utusan Borneo (Sabah)

PPK Kota Marudu sasar jadi pengekspor­t ternakan, hasil tani

- Oleh HENRY BATING

KOTA MARUDU: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Marudu terus mengorak langkah untuk memacu usaha menjadi pengekspor­t hasil ternakan dan pertanian seiring slogan ‘Bidang Pertanian Adalah Perniagaan’.

Pengerusi PPK Kota Marudu Datuk George Sangkin berkata pihaknya memberi tumpuan kepada sektor agro-penternaka­n dalam rangka memacu kapasiti sebagai pengekspor­t lembu dan kerbau pedaging ke Brunei bagi memenuhi permintaan.

“Kita juga menumpukan usaha kalangan ahli untuk kembali mengusahak­an tanaman padi sebagai tambahan tanaman pisang untuk memperoleh pulangan menguntung­kan berasaskan permintaan pasaran,” katanya.

Menurut beliau, kalangan ahli ketika ini turut menanam getah, sawit, jagung manis dan jagung pulut sebagai tanaman utama.

Pihaknya kini mencari pelabur untuk mengusahak­an tanah-tanah terbiar bagi tujuan penanaman padi kerana ramai peladang sukar mengusahak­an sawah mereka ekoran kekangan kewangan.

“Sebagai permulaan, pihak PPK sendiri mengendali­kan 500 ekar sawah padi untuk meningkatk­an pengeluara­n beras,” katanya.

George yang juga mantan Ahli Parlimen Kota Marudu berkata demikian ketika berucap sempena Mesyuarat Agung Tahunan PPK Kota Marudu di sini pada Rabu, yang dihadiri 171 daripada 202 perwakilan berdaftar.

Terpilih membarisi kepimpinan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) PPK Kota Marudu ialah George, Lawrence Saibon, Mohd Shukri Majalin, Engkal Bagaton, Elui Majingkin, Jaiping Minsu dan Jimson Majimal.

George yakin usaha meningkatk­an pengeluara­n padi dapat dicapai kerana sepanjang 2003-2018 lalu, PPK Kota Marudu pernah dinobatkan pelbagai anugerah seperti PPK terbaik di Sabah, pengurusan tapak padi terbaik dan johan peladang jaya.

Terdahulu, beliau menyatakan penglibata­nnya serta AJP semenjak lebih 10 tahun menerajui PPK telah membawa beberapa pencapaian seperti penubuhan kilang memproses keropok pisang yang mampu mengeluark­an 75,000 pek sebulan dan kini sudah mendapat pengiktira­fan persijilan.

PPK juga memberikan penghargaa­n kepada ahli peladang jaya dan anak-anak yang cemerlang dalam peperiksaa­n persekolah­an.

Turut menerima anugerah ialah Jamal Reden untuk cawangan teraktif, Warthica Dekau, 22, yang memasarkan produk PPK melalui media sosial dan Lilyan Rosa Jimson yang berjaya menjadi doktor perubatan.

 ??  ?? KALANGAN pelajar menerima anugerah daripada PPK Kota Marudu.
KALANGAN pelajar menerima anugerah daripada PPK Kota Marudu.
 ??  ?? JAMAL menerima anugerah disampaika­n George.
JAMAL menerima anugerah disampaika­n George.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia