Utusan Borneo (Sabah)

Lawatan rasmi Wan Azizah dijangka pererat hubungan dua hala Malaysia-China

-

BEIJING: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengadakan lawatan rasmi selama empat hari ke China mulai hari ini, bertujuan memastikan kesinambun­gan hubungan dua hala di antara Malaysia dan China terus diperkukuh dan dipererat.

Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di China, Nuryante Mohd Yazid berkata, lawatan Dr Wan Azizah ke China pada kali ini adalah yang pertama sejak beliau menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Lawatan beliau selama empat hari ke China (8-11 Julai) adalah atas jemputan rakan sejawatan beliau, Timbalan Perdana Menteri China, Sun Chunlan,” katanya pada sidang media bersama Bernama dan RTM di sini pada Ahad.

Nuryante berkata, Timbalan Perdana Menteri yang dijangka tiba hari ini (Isnin, pukul 3.00 petang) akan memulakan lawatan rasmi beliau dengan menghadiri Majlis Makan Malam bersama kira-kira 130 rakyat Malaysia yang bermastaut­in di China.

Pada hari kedua lawatan, Dr Wan Azizah akan mengadakan program rasmi yang agak padat kerana berpeluang untuk berjumpa dengan empat pemimpin kanan China.

“Pada sebelah pagi, Dr Wan Azizah akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Presiden Wang Qishan di Zhongnanha­i,” katanya.

Antara perkara yang akan dibincangk­an adalah usaha bagi mengeratka­n lagi hubungan dua hala, sambutan ulangtahun ke-45 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China serta kerjasama dalam Belt and Road Initiative.

Selepas itu, Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat dijadual mengadakan Mesyuarat Dua Hala dengan Timbalan Perdana Menteri, Sun Chunlan yang menyelia Jawatankua­sa Kerja Kebangsaan State Council mengenai Kanak-Kanak dan Wanita.

Nuryante berkata, mesyuarat itu akan disusuli dengan Majlis Makan Tengah hari yang dihoskan Timbalan Perdana Menteri China itu.Bernama

 ?? Oleh KENNEDDY CORLLEUS ?? MOTIVASI: Lebih 200 pelajar sekolah menengah menyertai Program Seminar Motivasi Kecemerlan­gan SPM 2019 anjuran Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongawan II.
Daripada jumlah itu, seramai 98 pelajar merupakan calon SPM 2019 yang berpeluang menyertai program motivasi daripada motivator Helmi Abdullah. Para pelajar turut diberikan ceramah mengenai peluang pendidikan pengajian tinggi daripada UCSF dan KTYS.
Majlis perasmian itu telah disempurna­kan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dr Daud Yusof merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bongawan.
Oleh KENNEDDY CORLLEUS MOTIVASI: Lebih 200 pelajar sekolah menengah menyertai Program Seminar Motivasi Kecemerlan­gan SPM 2019 anjuran Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongawan II. Daripada jumlah itu, seramai 98 pelajar merupakan calon SPM 2019 yang berpeluang menyertai program motivasi daripada motivator Helmi Abdullah. Para pelajar turut diberikan ceramah mengenai peluang pendidikan pengajian tinggi daripada UCSF dan KTYS. Majlis perasmian itu telah disempurna­kan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dr Daud Yusof merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bongawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia