Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan pewujudan pasar malam di Tawau

-

TAWAU: Pembantu Menteri pepada Ketua Menteri merangkap Adun Sri Tanjong Datuk Jimmy Wong mencadangk­an agar pasar malam dapat diwujudkan di sini pada setiap Jumaat dan Sabtu demi meningkatk­an sektor pelanconga­n di daerah ini, berikutan pelancaran Pasar Ahad Sabindo baru-baru ini.

“Kertas cadangan pasar malam akan dibawa dan dibincang di mesyuarat Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) dari semua aspek dan pendekatan yang harus dirancang dengan teliti demi memenuhi kehendak para pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaik­an sumbangan kepada mangsa kebakaran di Masjid Hidayat AlMustaqim, di sini pada Sabtu, bersama wakil Parti Warisan Sabah (Warisan) Bahagian Tawau.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden MPT Koh Kian Leong, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Sri Tanjong Koo Hung Eow, Ahli Majlis Philip Yap, Pemaju Mukim Sri Tanjong Chong Lee Chia, Kapitan Kan Kin Foh dan Kapitan Chong Yuke Voon.

Jimmy berkata mereka harus bersedia untuk melancarka­n pasar malam demi mempromosi­kan sektor pelanconga­n di sini.

Katanya pasar malam juga akan menjadi salah satu tempat yang baik kepada para pelancong untuk berbelanja pilihan produk tempatan seperti durian, karya seni dan kraftangan.

“Kita juga mengajak semua kumpulan etnik untuk mengambil bahagian dalam perniagaan ini. Sesiapa yang berminat boleh memohon secara langsung daripada Majlis Perbandara­n Tawau tanpa melalui perantara atau orang tengah,” katanya.

Beliau juga menyeru semua peniaga agar sentiasa menjaga kebersihan dan keselamata­n di sekitar tempat mereka beroperasi, atau mereka tidak dibenarkan berniaga.

Sementara itu, Ketua Parti Warisan Bahagian Tawau Abdul Salip Ejal turut menasihati penduduk di daerah ini agar mengambil langkah berjagajag­a terutama di rumah kerana mereka tidak dapat menjangka bila kebakaran berlaku.

Beliau juga mencadangk­an agar kempen keselamata­n dapat diadakan dari semasa ke semasa, khususnya kepada penduduk kampung.

 ??  ?? JIMMY bersama Abdul Salip menyampaik­an sumbangan kepada mangsa kebakaran.
JIMMY bersama Abdul Salip menyampaik­an sumbangan kepada mangsa kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia