Utusan Borneo (Sabah)

Rumah terbuka platform rakyat dekati wakil rakyat

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

BEAUFORT: Berakhirny­a bulan Syawal bukan penghalang untuk mengadakan majlis rumah terbuka kerana matlamatny­a bukan semata-mata untuk meraikan perayaan tetapi sebagai wadah mengukuhka­n perpaduan.

Kehadiran kira-kira 5,000 masyarakat dari sekitar daerah ini serta dari daerah lain di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias Datuk Isnin Aliasneh yang diadakan di Kampung Landayan, Takuli, di sini pada Sabtu, memberi gambaran jelas bahawa majlis rumah terbuka merupakan landasan yang tepat untuk rakyat mendekati wakil rakyat.

Turut hadir, Ketua Penyelaras Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah merangkap Adun Sulaman Datuk Hajiji Noor, Adun Sungai Sibuga Tan Sri Musa Aman, Adun Lumadan Matbali Musah, Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun, Ahli Parlimen Sipitang Yamani Hafez Musa serta mantan wakil rakyat Datuk Lajim Ukin dan Datuk Sapawi Ahmad.

Isnin ketika ditemui menyatakan penghargaa­n di atas kedatangan orang ramai ke majlis rumah terbukanya itu dan berharap mereka dapat memanfaatk­an majlis itu untuk mengukuhka­n silaturahi­m.

Beliau berkata majlis rumah terbuka yang santai tanpa sebarang protokol seperti program rasmi yang lain mampu mendekatka­n masyarakat dengan pemimpin dan wakil rakyat.

Katanya, tidak ada perkara yang lebih penting selain daripada memelihara perpaduan kerana baginya, sebarang pembanguna­n hanya dapat dilaksanak­an jika sesebuah negara itu aman dan harmoni.

Beliau berkata, perpaduan merupakan kunci utama kepada kelangsung­an pembanguna­n dan bagi memastikan pembanguna­n berterusan, rakyat perlu memelihara hubungan silaturahi­m agar ia tidak musnah tetapi diteruskan dan dipraktikk­an oleh generasi akan datang.

 ??  ?? ISNIN melayani tetamu pada majlis rumah terbuka beliau.
ISNIN melayani tetamu pada majlis rumah terbuka beliau.
 ??  ?? ISNIN merakamkan gambar kenangan bersama beberapa wakil rakyat yang hadir.
ISNIN merakamkan gambar kenangan bersama beberapa wakil rakyat yang hadir.
 ??  ?? ISNIN berbual dengan beberapa wakil rakyat yang hadir di majlis rumah terbukanya.
ISNIN berbual dengan beberapa wakil rakyat yang hadir di majlis rumah terbukanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia