Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki proses dan jual air ketum ditahan

-

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan dua lelaki yang menjalanka­n kegiatan memproses dan menjual air ketum dalam serbuan di belakang sebuah rumah di Kampung Kijang, Machang Bubok di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata sepasukan polis yang menjalanka­n Ops Pencegahan Jenayah telah membuat serbuan di belakang rumah itu kira-kira pukul 8 malam dan menahan dua lelaki berusia 30an berkenaan.

“Pemeriksaa­n di kawasan itu menemui sebuah periuk besar mengandung­i 70 bungkus air ketum yang telah siap diproses dan dibungkus, dipercayai dua lelaki tersebut baru sahaja siap membungkus air ketum bernilai RM700 tersebut,” katanya di sini pada Aahd.

Katanya siasatan awal mendapati dua lelaki yang tidak bekerja itu mendapatka­n bekalan daun ketum daripada sindiket di negeri jiran sebelum memprosesn­ya sendiri dan menjual kepada pelanggan mereka sekitar Bukit Mertajam.

Nik Ros Azhan berkata dua lelaki itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan di siasat menurut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Sementara itu, dalam perkembang­an lain katanya polis menahan lima lelaki sedang berpesta dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Kilang Ubi, Cherok Tok Kun di sini kira-kira pukul 11.10 malam tadi.

“Pemeriksaa­n ke atas mereka menemui sejumlah dadah jenis heroin serta syabu dan air ketum, siasatan mendapati lima lelaki itu menjadikan rumah milik seorang daripada ditahan itu sebagai lokasi menghisap dadah,” katanya.

Beliau berkata ujian air kencing lima lelaki itu mendapati mereka positif dadah dan semua mereka kini di reman untuk siasatan lanjut,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia