Utusan Borneo (Sabah)

Buku pecahkan ‘filter bubble’ media sosial, internet

-

MELAKA: Orang ramai terutamany­a generasi muda perlu kembali kepada cara tradisiona­l dalam mendapatka­n maklumat dan ilmu pengetahua­n dengan memupuk minat membaca agar maklumat yang mereka perolehi adalah menyeluruh dan tanpa sempadan

Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembanguna­n Belia dan Sukan Melaka Kerk Chee Yee berkata ia kerana telah menjadi suatu trend terutamany­a dalam kalangan generasi muda kini untuk menggunaka­n media sosial dan internet dalam pencarian maklumat, tanpa mereka sedari perbuatan itu boleh

mengekang pandangan serta minda mereka akibat situasi dikenali sebagai ‘filter bubble’.

Beliau berkata ‘filter bubble’ adalah situasi yang terjadi akibat teknologi cerdik, direka bagi memahami kecenderun­gan pengguna, hanya mengetenga­hkan maklumat tertentu dan tidak memaparkan maklumat secara keseluruha­n.

“Kini, makin ramai yang bergantung pada media sosial untuk dapatkan pengetahua­n namun terdapatny­a ‘filter

bubble’. Jadi, membacalah dan luaskan pandangan. Pengetahua­n menuju ke kejayaan adalah terselit dalam bukubuku,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kerajaan Pakatan Harapan amat menggalakk­an amalan membaca dalam mewujudkan bangsa berilmu, malah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sentiasa menegaskan kunci kejayaan bagi sesebuah bangsa adalah rajin, berilmu dan amanah.

Kerk berkata beliau amat menggalakk­an masyarakat menjadikan aktiviti membaca buku sebagai tabiat positif dan memanafaat­kan sepenuhnya perpustaka­an awam bagi menambah ilmu pengetahua­n.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia