Utusan Borneo (Sabah)

Beri kerjasama kepada sekolah

-

KOTA BELUD: Ibu bapa diminta untuk memberi kerjasama kepada pihak sekolah agar memastikan anak-anak mereka sentiasa hadir ke sekolah, supaya peratusan kehadiran yang disasarkan oleh Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) mencapai KPI 95 peratus kehadiran.

Penyelia Unit HEM PPD Kota Belud Zaiman Samaah berkata, sasaran itu dijadikan ukuran bukan hanya untuk dilihat sebagai angka kehadiran, tetapi juga sebagai suatu petanda aras kemenjadia­n murid di sekolah-sekolah.

Bagaimanap­un, katanya, guru-guru juga perlu menjalanka­n tugas masingmasi­ng terutamany­a dalam mengemas kini data kehadiran murid setiap hari, supaya masalah ketidakhad­iran murid-murid dapat diselesaik­an secara tuntas.

“Banyak program intervensi dilaksanak­an di peringkat sekolah demi untuk meningkatk­an kehadiran murid-murid sebelum ini, namun peratus kehadiran di beberapa sekolah di Kota Belud agak membimbang­kan kerana di bawah 92 peratus,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan program Dialog Prestasi Kehadiran dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Tamau yang turut dihadiri oleh Pemangku Guru Besar Rosnani Hj Omar, Guru HEM SK Tamau Abd Momen Jitun, YDP PIBG SK Tamau Mohd Nor Eali dan Imam Masjid Al Hikmah Pintasan yang juga Timbalan YDP PIBG SK Tamau Imam Masdin Saibin di Dewan SK Tamau.

Zaiman berkata, segala data mengenai murid-murid dari peringkat sekolah rendah akan menjadi rujukan institusi pendidikan lain sekiranya murid-murid terlibat melanjutka­n pelajaran ke maktab atau universiti di dalam negara ini pada masa hadapan.

“Sebab itu, ibu bapa harus berperanan dalam memastikan APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid) mencatatka­n maklumat tepat tentang anak mereka. Sekiranya anak mereka sakit, mereka perlu memaklumka­n guru kelas anak mereka secepat mungkin sebelum data diproses,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Guru HEM SK Tamau Abd Momen Jitun merayu agar ibu bapa sentiasa bekerjasam­a memastikan anak-anak mereka hadir ke sekolah pada hari persekolah­an kerana setiap subjek yang diajarkan oleh guru amat bernilai.

“Sekiranya anak-anak didapati tidak sihat, janganlah paksakan pula mereka ke sekolah, sebaliknya bawalah ke hospital segera. Namun jangan lupa memaklumka­n guru kelas anak-anak pada hari itu juga supaya rekod SSDM kita elok dan bersih,” katanya.

 ??  ?? ZAIMAN (kiri) bersama Rosnani, Abd Momen (tengah), Mohd Nor (dua dari kanan) dan Mamud Musib (kanan).
ZAIMAN (kiri) bersama Rosnani, Abd Momen (tengah), Mohd Nor (dua dari kanan) dan Mamud Musib (kanan).
 ??  ?? ANTARA guru dan ibu bapa yang menghadiri program itu.
ANTARA guru dan ibu bapa yang menghadiri program itu.
 ??  ?? MASDIN (kiri) bertanyaka­n petua dan nasihat kepada seorang nenek pelajar (dua dari kiri) mengenai rahsia cucunya yang tidak pernah ponteng kelas, sambil diperhatik­an oleh Abd Momen (kanan).
MASDIN (kiri) bertanyaka­n petua dan nasihat kepada seorang nenek pelajar (dua dari kiri) mengenai rahsia cucunya yang tidak pernah ponteng kelas, sambil diperhatik­an oleh Abd Momen (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia