Utusan Borneo (Sabah)

Pembuka minda murid-murid

Lawatan Program Serasi SKPM ke SK Kekapor dan SK Lambidan

-

SERAMAI 82 ahli Jawatakuas­a Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru-guru, pengawas sekolah dan pengawas Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Pekan Menumbok (SKPM) telah mengadakan lawatan Program Serasi ke SK Kekapor dan SK Lambidan, Menumbok sebagai penanda aras pada Rabu.

Program itu turut disertai oleh Guru Besar Cemerlang Nordin Mohd Taip, YDP PIBG Ag Basirun Pg Ibrahim, Penyelaras Program Fatin Farhana Mukhatar, Penolong Kanan

Kokurikulu­m Mohd Pajiri Adanih dan Penolong Kanan HEM Siti Rominah Jurin.

Nordin berkata beliau berminat berkawan dengan golongan yang cemerlang dan berfikiran positif.

Katanya, jika dikeliling­i oleh rakan-rakan yang cemerlang dan positif sudah tentu seseorang itu akan sentiasa menghampir­i kejayaan.

“Itulah saya berminat melawat ke sekolah-sekolah yang cemerlang supaya dapat membuka minda murid-murid kami,” katanya.

Beliau berharap melalui lawatan penanda aras itu, rombongan Program Serasi akan memperoleh idea dan ilmu untuk dibawa pulang, seterusnya berusaha untuk membuat persediaan dan menglibatk­an diri dalam pertanding­an Serasi pada tahun hadapan.

Nordin mengucapka­n tahniah dan terima kasih kepada kedua-dua sekolah iaitu SK Kekapor dan SK Lambidan yang sudi menerima kunjungan warga SK Pekan Menumbok.

“Hari ini, seramai 14 guru dengan kekuatan jentera PIBG telah membuat kunjungan ke sini bagi program penanda aras.

“Tahniah diucapkan kepada SK Lambidan kerana dinobatkan johan kesluruhan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) sempena minggu inovasi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 2019.

“Sekumpulan guru ini iaitu Cikgu Ester Ermalissa Ngoai, Cikgu Dayang Mahani Jasri dan Cikgu Zulkhaime Aleaber berjaya mencipta inovasi Borneo Bamboo Straw iaitu penyedut minuman yang diperbuat daripada buluh anap,”katanya.

Menurut Ester, idea penghasila­n penyedut minuman mesra alam sekitar itu tercetus apabila pencemaran plastik di dunia semakin berleluasa dan semakin merungsing­kan sehingga memberi kesan kepada haiwan di lautan. Malah penyedut plastik sering dibuang di merata-rata tempat sehingga mengakibat­kan pencemaran.

“Produk ini boleh digunakan berulang kali dan tidak mendatangk­an pencemaran kepada alam sekitar. Ia juga boleh bertahan selama tiga bulan jika dijaga dengan baik dan dibersihka­n selepas digunakan,” jelasnya.

Sementara itu, Penyelaras Serasi SK Kekapor Abdul Kadir Suman berkata program Sekolah Rakan Alam Sekitar (Serasi) bermaksud program yang melibatkan semua sekolah menengah dan rendah di Sabah, yang menjadi program utama sempena sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) di Sabah.

Katanya, program itu merupakan pendekatan menyeluruh dalam pengurusan, kurikulum dan penghijaua­n sekolah dalam kalangan warga sekolah bersama-sama keluarga, komuniti setempat, pihak kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan.

“Ia dilaksanak­an menerusi pendekatan pendidikan alam sekitar untuk membentuk masyarakat yang prihatin dan menghargai alam sekitar pada sepanjang masa. Serasi juga merupakan pusat pembelajar­an dan pengajaran yang dapat mempengaru­hi warga sekolah dan masyarakat ke arah kehidupan lestari,” katanya.

Acara menandatan­gani MoU antara SK Kekapor dan SK Lambidan telah diadakan bagi membuat perjanjian dan persefaham­an dalam program Serasi, di mana kedua-dua pihak akan terus bekerjasam­a.

 ??  ?? ESTER membawa murid SK Pekan Menumbok melawat ke tapak pusat pengumpula­n dan pembuatan baja kompos di SK Lambidan.
ESTER membawa murid SK Pekan Menumbok melawat ke tapak pusat pengumpula­n dan pembuatan baja kompos di SK Lambidan.
 ??  ?? PENGAWAS sekolah berpeluang melihat pelbagai jenis burung sambil mendengar penerangan daripada Guru Besar SK Kekapor Ismail Musreh.
PENGAWAS sekolah berpeluang melihat pelbagai jenis burung sambil mendengar penerangan daripada Guru Besar SK Kekapor Ismail Musreh.
 ??  ?? MURID bergambar di koridor Orkid di SK Lambidan. Turut kelihatan, Guru Besar SK Lambidan Rozita Salleh (tiga kiri), Nordin (enam kanan) dan Ester (lima kanan).
MURID bergambar di koridor Orkid di SK Lambidan. Turut kelihatan, Guru Besar SK Lambidan Rozita Salleh (tiga kiri), Nordin (enam kanan) dan Ester (lima kanan).
 ??  ?? NORDIN (kiri) dan Ismail bertukar-tukar dokumen MoU sambil diperhatik­an oleh Siti (kiri), Pajiri (kanan), Ag Basirun (tiga kanan) serta Abdul Kadir (dua kanan).
NORDIN (kiri) dan Ismail bertukar-tukar dokumen MoU sambil diperhatik­an oleh Siti (kiri), Pajiri (kanan), Ag Basirun (tiga kanan) serta Abdul Kadir (dua kanan).
 ??  ?? DARI kiri ke kanan: Iqbal, Cikgu Nicklon, Cikgu Siti, Syawal dan Ashraf mencuba minuman dengan menggunaka­n Borneo Bamboo Straw yang dicipta oleh Ester.
DARI kiri ke kanan: Iqbal, Cikgu Nicklon, Cikgu Siti, Syawal dan Ashraf mencuba minuman dengan menggunaka­n Borneo Bamboo Straw yang dicipta oleh Ester.
 ??  ?? PERTUKARAN dokumen MoU antara Rozita (kiri) dan Nordin, diperhatik­an oleh YDP PIBG SK Lambidan Talip Haji Jusin (kiri) dan Ag Basirun.
PERTUKARAN dokumen MoU antara Rozita (kiri) dan Nordin, diperhatik­an oleh YDP PIBG SK Lambidan Talip Haji Jusin (kiri) dan Ag Basirun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia