Utusan Borneo (Sabah)

Pengerat silaturahi­m komuniti

-

SERAMAI 600 orang hadir memeriahka­n sambutan Majlis Rumah Terbuka SK Bombalai, Tawau yang diadakan di di dewan kantin sekolah berkenaan.

Perasmian majlis anjuran bersama Jawatankua­sa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Unit Hal-Ehwal Murid, Unit Kokurikulu­m, Pusat Sumber dan Kelab Kebajikan Guru serta staf itu telah disempurna­kan oleh Yang Dipertua PIBG Samsudin Lakka.

Dalam ucapannya, Samsudin mengingatk­an kepada semua ibu bapa dan penjaga murid agar sama-sama membantu pihak sekolah dalam apa juga program untuk membangunk­an sekolah demi kecemerlan­gan anak-anak.

Guru Besar A Malek Mat dalam ucapannya pula amat bersyukur atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua komuniti khasnya PIBG, pihak Ladang Sime Darby, kantin sekolah dan Balai Polis

Bombalai.

Beliau turut menyatakan hasrat pihak sekolah untuk terus membangunk­an sekolah di mana bagi tempoh terdekat ini, fokus sekolah adalah untuk mencapai sasaran seratus peratus menguasai tahap minimum dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Sambutan pada kali ini telah mendapat kerjasama penuh daripada semua komuniti khasnya PIBG dan Ladang Sime Darby dalam persediaan majlis.

“PIBG telah sama-sama mengatur perjalanan program dan juga penyediaan juadah manakala pihak Ladang Sime Darby pula telah meminjamka­n empat khemah dan sembilan meja bulat untuk majlis ini,” katanya.

Penyelaras program Saharuddin Baharuddin berkata program itu dilaksanak­an setiap tahun sebagai merealisas­ikan hasrat kerajaan membentuk warganegar­a yang mempunyai nilai murni tinggi dan membina sikap saling hormatmeng­hormati antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama.

“Program sebegini akan membentuk sahsiah murid yang tinggi dan mengamalka­n nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Kelab Staf Normanita Osman berkata program sedemikian akan mendedahka­n murid kepada kepelbagai­an budaya dan perayaan oleh setiap kaum untuk dihormati dan diraikan bersama.

“Ini sekali gus dapat memupuk kesantunan hidup bermasyara­kat dengan bermaaf-maafan dan menghormat­i antara satu sama lain. Diharap dengan adanya program sebegini akan memupuk sikap kerjasama antara pihak sekolah dan komuniti setempat,” katanya.

Bagi memeriahka­n suasana majlis, murid-murid yang mempunyai bakat seni suara diberi peluang untuk mendendang­kan lagu. Mereka ialah Mohd Arif Arman, Mohd Hafiz Khairullah Imrang berduet dengan Nur Daaniyah Dzakiyyah Ismail, Nabihah Syuhaidah Raman dan Muhammad Afiq Arman. Turut membuat persembaha­n adalah murid-murid Tahun 3.

Majlis turut dihadiri para guru besar sekolah-sekolah daerah Tawau, pihak Tabung Haji dan pegawai-pegawai Ladang Sime Darby serta pegawai polis Bombalai. Majlis diselangi dengan cabutan nombor bertuah.

Sedikit kejutan kepada para guru apabila majlis diselitkan dengan Sambutan Hari Guru. Murid-murid Tahun Enam masing-masing membawakan sekuntum bunga kepada semua guru manakala A Malek memberikan sepotong kek kepada setiap guru dan staf sebagai tanda terima kasih atas usaha mencemerla­ngkan sekolah.

Pada majlis itu, pihak PIBG telah menyampaik­an Anugerah Guru Berinovasi kepada A Malek dan Penolong Kanan (PK) Kurikulum Kadir Ali.

Turut mendapat anugerah ialah Karim Batjo sebagai Guru Adiwira, Mohammad Jabalnur Pari sebagai Guru

Superhero, Hjh Normah Kamunri sebagai Guru Penyayang, Normanita Osman sebagai Guru Cute, Juria Mustafa sebagai Guru Owesome dan Marbawati Baco sebagai Guru Muslimah. Anugerah telah disampaika­n oleh Samsudin.

 ??  ?? SAMSUDIN bersama Pengurus Ladang Sime Darby Nordin Mat Hashim dan pegawai perhubunga­n keselamata­n sekolah. UCAPAN A Malek sempena Majlis Hari Raya Peringkat SK Bombalai.
SAMSUDIN bersama Pengurus Ladang Sime Darby Nordin Mat Hashim dan pegawai perhubunga­n keselamata­n sekolah. UCAPAN A Malek sempena Majlis Hari Raya Peringkat SK Bombalai.
 ??  ?? GURU Contoh telah dianugerah­kan kepada Jurianty Idris.
GURU Contoh telah dianugerah­kan kepada Jurianty Idris.
 ??  ?? IBU BAPA hadir bersama seisi keluarga untuk sama-sama memeriahka­n majlis itu.
IBU BAPA hadir bersama seisi keluarga untuk sama-sama memeriahka­n majlis itu.
 ??  ?? PK Kurikulum Kadir Ali (kiri) dan PK Kokurikulu­m Safari Adinin bergambar bersama para jemputan.
PK Kurikulum Kadir Ali (kiri) dan PK Kokurikulu­m Safari Adinin bergambar bersama para jemputan.
 ??  ?? GURU dan staf SK Bombalai bergambar bersama Penolong Kanan Hal Eh-Wal Murid (HEM) Linawati Suin (kiri).
GURU dan staf SK Bombalai bergambar bersama Penolong Kanan Hal Eh-Wal Murid (HEM) Linawati Suin (kiri).
 ??  ?? ANUGERAH Guru Superhero disandang oleh Mohammad Jabalnur.
ANUGERAH Guru Superhero disandang oleh Mohammad Jabalnur.
 ??  ?? GURU Adiwira dianugerah­kan kepada Karim Batjo.
GURU Adiwira dianugerah­kan kepada Karim Batjo.
 ??  ?? MURID-MURID seronok menyambut Aidilfitri dengan memakai pakaian raya.
MURID-MURID seronok menyambut Aidilfitri dengan memakai pakaian raya.
 ??  ?? ANUGERAH Guru Penyayang disandang oleh Hjh Normah Kamunri.
ANUGERAH Guru Penyayang disandang oleh Hjh Normah Kamunri.
 ??  ??
 ??  ?? SAHARUDDIN
SAHARUDDIN
 ??  ?? LAGU Suasana Hari Raya dendangan Nur Daaniyah Dzakiyyah berduet bersama Muhd Hafiz Khairullah Imrang.
LAGU Suasana Hari Raya dendangan Nur Daaniyah Dzakiyyah berduet bersama Muhd Hafiz Khairullah Imrang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia