Utusan Borneo (Sabah)

Felda Selancar 3 juara Anugerah Keceriaan Kampung Felda 2018

-

ROMPIN: Titisan air mata kegembiraa­n dan pelukan tahniah ‘mengiringi’ lebih 20 wakil penduduk Felda Selancar 3 di sini, apabila mereka dinobatkan sebagai juara Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) 2018 pada Ahad.

Lebih manis, anugerah itu disampaika­n Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2019 yang diadakan di kampung halaman mereka hari ini dengan disaksikan ribuan peneroka.

Mereka, yang diketuai Pengurus Raduan Rozali, 50, menerima wang tunai RM1 juta, sijil dan piala iringan, yang mana menurut beliau penduduk sudah sepakat supaya diagihkan RM1,000 kepada semua 365 keluarga dan tujuh kakitangan tanah rancangan itu.

“Baki wang kemenangan akan digunakan untuk membina rumah inap desa yang diberi nama rumah inap desa AKKF mengambil kira nama anugerah selain dijadikan modal untuk mengusahak­an ternakan lembu untuk generasi kedua.

“Kami berhasrat meningkatk­an ekonomi sampingan warga Felda Selancar 3 dengan pembinaan rumah inap desa ini kerana buat masa ini peneroka lebih tertumpu kepada tanaman sawit dan ternakan lembu,” katanya semasa ditemui Bernama di sini.

Pertanding­an itu, yang menjadi tumpuan peneroka setiap tahun dinilai menerusi 10 komponen utama antaranya rumah peneroka, kualiti komuniti, jalan utama, pengurusan ladang, projek ekonomi, aktiviti badan peneroka dan generasi baharu, susun atur dan keceriaan kawasan perniagaan serta pelanconga­n.

Raduan berkata, mereka membelanja­kan kirakira RM70,000 untuk meningkatk­an keceriaan persekitar­an Felda bagi tujuan pertanding­an itu, termasuk dengan membina sebuah taman rekreasi di situ.

“Kita bermula secara berperingk­at dan sedikit demi sedikit bermula 2016 dengan menumpukan kepada aspek kebersihan terlebih dahulu sebelum beralih kepada keceriaan kawasan kampung.

“Apabila peneroka sudah mula menerima dan bersemanga­t dalam proses mengindahk­an kawasan kampung, barulah kita memasuki pertanding­an AKKF ini buat kali pertama pada 2017, namun pada masa itu rezeki tidak berpihak kepada kami,” katanya. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? DR Mahathir (tengah) bersama peneroka Felda Selancar Tiga yang dinobatkan Juara Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) 2018 pada Sambutan Hari Peneroka Felda 2019 di Felda Selancar 3 pada Ahad.
-Gambar Bernama DR Mahathir (tengah) bersama peneroka Felda Selancar Tiga yang dinobatkan Juara Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) 2018 pada Sambutan Hari Peneroka Felda 2019 di Felda Selancar 3 pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia