Utusan Borneo (Sabah)

Felda akan bangkit semula di bawah kerajaan baharu

-

ROMPIN:Felda akan bangkit semula dengan keyakinan peneroka kembali utuh di bawah pengurusan baharu kerajaan Pakatan Harapan bagi membela masa depan golongan peneroka, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata komitmen kerajaan untuk mengembali­kan kegemilang­an Felda itu dilaksanak­an menerusi Program Pembanguna­n Peneroka (PPP), yang dilancarka­n Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

PPP yang merangkumi aktiviti berasaskan program tanaman dan selingan yang mampu memberikan hasil dalam tempoh singkat dan aliran tunai konsisten dilancarka­n pada sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2019 di Felda Selancar 3, di sini pada Ahad.

Mohamed Azmin berkata Felda di bawah kepimpinan pengasasny­a Tun Abdul Razak Hussein, yang juga Perdana Menteri kedua Malaysia, berjaya membantu mengurangk­an jurang ekonomi Melayu dan Bumiputera menerusi pembukaan tanah kerajaan, yang pada suatu ketika membolehka­n negara menyumbang 25 peratus kepada pengeluara­n kelapa sawit dunia.

“Malangnya sejak beberapa tahun lalu, kita menyaksika­n kerakusan pimpinan atasan Felda yang terdiri daripada orang politik yang terlalu banyak bermain politik sehingga peneroka menjadi mangsa dan dibebankan dengan masalah besar,” katanya semasa berucap di hadapan ribuan peneroka pada sambutan itu.

Mohamed Azmin berkata belajar daripada kesilapan itu, kerajaan Pakatan Harapan berjanji untuk memastikan pengurusan agensi itu hanya ditadbir oleh mereka berintegri­ti dan berwibawa.

Katanya pelantikan Tan Sri Mohd Bakke Salleh sebagai Pengerusi Felda, berkuatkua­sa 1 Julai, dilihat berkemampu­an untuk membawa agensi itu ke peringkat baharu dengan bantuan dan sokongan akar umbi peneroka.

Mohamed Azmin berkata PPP bukan hanya untuk memastikan masa depan lebih mampan dan menjaga kebajikan peneroka, tetapi juga berperanan melihat industri perladanga­n kekal maju dan meningkatk­an produktivi­ti menerusi penggunaan teknologi moden.

Selain itu, kerajaan juga amat maklum dengan permasalah­an peneroka seperti bebanan hutang yang cukup tinggi dan masalah perumahan generasi kedua yang banyak terbengkal­ai. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia