Utusan Borneo (Sabah)

PM lancar Model Perniagan Baharu Felda pada Ahad

-

ROMPIN: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadualka­n melancarka­n Model Perniagaan Baharu Felda, semasa merasmikan Sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan di Felda Selancar 3, Rompin, di sini pada Ahad.

Sambutan bertemakan ‘Peneroka Mandiri Felda Lestari’ juga disertai Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Model baharu itu, menurut Pengarah Besar Felda Datuk Dr Othman Omar, bermatlama­t meningkatk­an taraf hidup 112,635 peneroka menerusi pendekatan baharu, supaya mereka tidak lagi terlalu bergantung dengan kelapa sawit semata-mata.

Perkara itu menurut beliau penting, memandangk­an komoditi tersebut kini mengalami ketidakten­tuan harga pada masa ini, menyebabka­n perlunya peneroka mencari alternatif lain seperti terlibat dengan tanaman kontan.

Katanya, tanaman kontan dilihat boleh memberi pulangan antara lima ke 10 kali ganda dan mungkin lebih, berbanding kelapa sawit sekali gus memberikan pendapatan lebih baik kepada peneroka.

Sambutan itu yang julung kalinya diadakan di bawah pentadbira­n baharu negara, berlangsun­g di Felda Selancar 3 kerana persekitar­annya yang mempunyai keindahan alam, dengan jangkaan dihadiri 10,000 peneroka.

Selain pengumuman model baharu, sudah pasti peneroka dari Felda yang bertanding berminat untuk mengetahui jika mereka berpeluang memenangi RM1 juta, andai merangkul tempat pertama Anugerah Rancangan Kampung Felda.

Selain itu, sambutan pada Ahad juga akan menobatkan gelaran Anugerah Usahawan Felda, Anugerah Masjid Contoh, Anugerah Tokoh Imam dan Anugerah Ikon Anak Felda. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia