Utusan Borneo (Sabah)

Peneroka sokong pelan kerajaan pulih Felda

-

ROMPIN: Warga peneroka Felda memberi jaminan untuk terus menyokong kerajaan dan pengurusan agensi itu dalam perancanga­n mengembali­kan kegemilang­an Felda seperti awal penubuhann­ya.

Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Sulong Jamil Mohd Shariff berkata mereka teguh di belakang kerajaan dan pengurusan yang menurutnya perlu saling berganding bahu dalam perkara itu.

“Perjalanan sesebuah organisasi pasti ada jatuh dan bangunnya... begitu juga dengan Felda yang diuji krisis dan masalah sehingga menggugat reputasi yang sebelum ini gah di mata masyarakat.

“Kita, peneroka Felda bagaimanap­un masih setia bersama Felda hingga hari ini dan akan menanti apakah rancangan kerajaan dan Felda terhadap kami,” katanya semasa berucap pada Sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2019 di Felda Selancar 3, di sini pada Ahad.

Sambutan itu dirasmikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan turut hadir ialah Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Pengarah Besar Felda Datuk Dr Othman Omar.

Sulong Jamil juga berkata kerajaan sentiasa prihatin dengan kebajikan warga peneroka contohnya dengan memberikan Bantuan Khas Hari Raya dan melunaskan tunggakan Pinjaman Sara Hidup dan Pendahulua­n Hasil baru-baru ini, bagi meringanka­n beban kewangan peneroka.

Pada ucapannya, beliau berharap kerajaan meneliti cadangan Jawatankua­sa Perundinga­n Peneroka (JKPP) supaya bantuan subsidi sepenuhnya kepada penanaman semula kelapa sawit diberikan kepada peneroka. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia