Utusan Borneo (Sabah)

Awang Tengah gesa kontraktor henti fikir keuntungan singkat

-

MUKAH: Para kontraktor khususnya Bumiputera digesa tidak memikirkan keuntungan singkat melalui projek.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, mereka perlu bertanggun­gjawab sepenuhnya ke atas projek yang diperolehi.

“Berhentila­h memikirkan keuntungan singkat dengan jual kontrak kepada orang lain,” katanya ketika Simposium Usahawan Kontraktor Siri 8 Bahagian Mukah di sebuah resort di sini, pada Sabtu.

Turut hadir Menteri Muda Pembanguna­n Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi.

Awang Tengah berkata, kerjasama dengan pihak lain dalam pembinaaan atau pelaksanaa­n sesuatu projek dibolehkan, namun penglibata­n dalam pengurusan dan juga kewangan juga harus diambil tahu.

Ini kerana apa sahaja yang berlaku ke atas projek akan membawa nama syarikat itu sendiri dan bukannya orang lain, katanya.

Sementara itu, Awang Tengah berkata peluang adalah luas kepada para kontraktor susulan bajet lebih besar untuk pembanguna­n Sarawak.

“Lebih 70 peratus daripada RM11 bilion iaitu bajet oleh kerajaan negeri Sarawak adalah untuk projek pembanguna­n,” ujarnya.

Ini katanya belum termasuk projek lain seperti projek kecil luar bandar (MRP), Program Transforma­si Luar Bandar (RTP), pembaikan rumah dan projek-projek lain yang sedang giat dilaksanak­an.

Di Bahagian Mukah, lebih RM44 juta peruntukan disediakan merangkumi 234 projek, justeru beliau menasihati para kontraktor agar memanfaat peluang tersebut.

Simposium berkenaan dihadiri lebih 600 peserta terdiri daripada para kontraktor di seluruh Bahagian Mukah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia