Utusan Borneo (Sabah)

Pengurusan sekolah di DUN Tanjong Datu disaran daftar pelajar ke CENTEXS

-

KUCHING: Pengurusan sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu disaran untuk mendaftark­an pelajar-pelajar ke Pusat Kecemerlan­gan Teknikal Sarawak (CENTEXS) bagi mendapatka­n ilmu kemahiran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu berkata, usaha itu penting untuk melahirkan ramai modal insan yang berkemahir­an sekali gus berupaya memajukan kawasan DUN Tanjong Datu pada masa hadapan.

“Sehubungan itu, pihak pengurusan sekolah termasuk Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) perlu bekerjasam­a dengan CENTEXS bagi tujuan tersebut.

“Setelah siapnya bangunan CENTEXS di sini nanti, gunakan peluang dan kemudahan ini dengan sebaik-baiknya demi masa depan anak-anak kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Penyerahan Baucar Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak 2019 yang diadakan di Dewan Mahligai Gading di Lundu, pada Jumaat.

Jamilah dalam pada itu menegaskan pihaknya dengan kerjasama pihak sekolah akan berusaha memastikan keciciran pelajar dalam mendapatka­n bantuan diatasi.

“Mengenai hal keciciran pelajar, saya akan berusaha agar kesemua mereka yang layak akan mendapat bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, wakil Pengarah Yayasan Sarawak Samsuddin Abdullah berkata, Yayasan Sarawak telah menyediaka­n peruntukan sebanyak RM4 juta mulai 2017 dalam pemberian bantuan seumpama itu.

“Program bantuan baucar pakaian seragam sekolah Yayasan Sarawak diperkenal­kan pada 2000 dan pada tahun lepas, ia merekodkan hampir 400,000 pelajar menerima bantuan ini di seluruh Sarawak.

“Jika sebelum ini pelajar yang menerima bantuan menerima RM100, tetapi pada 2017 kadar ini dinaikkan kepada RM200 dengan peruntukan­nya sebanyak RM4 juta,” jelasnya sambil menambah seramai 131 murid tahun satu dan pelajar tingkatan satu dari dua sekolah terpilih menerima bantuan itu.

Turut hadir wakil Residen Bahagian Kuching Tazudin Mokhtar, wakil Pegawai Daerah Lundu Zulkipli Morshidi dan Pegawai Pendidikan Daerah Lundu Iswadi Chen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia