Utusan Borneo (Sabah)

RM70 juta tingkat bekalan air terawat kepada penduduk Merapok

-

LAWAS: Kerajaan negeri membelanja­kan RM70 juta melalui Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak untuk meningkatk­an akses kepada kemudahan bekalan air terawat bagi penduduk di kawasan Merapok dekat sini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, selain itu sejumlah RM15 juta dibelanjak­an di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) melalui JBALB bagi memastikan penduduk di Ulu Merapok mendapat bekalan air terawat secara menyeluruh.

“Untuk memastikan penduduk Merapok tidak berdepan masalah air berlanjuta­n kolam tadahan air di loji rawatan air Merapok perlu ditambah agar bekalan air sentiasa mencukupi,” ujarnya pada Majlis Pecah Tanah Projek Rakyat Bekalan Air Luar Bandar Ulu Merapok kelmarin.

Hadir sama ialah Menteri Muda Bekalan Air Datuk Liwan Lagang, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok dan Ahli MKT Parti PBB Sarawak Kr Awangku Jinal Abidin Pengiran Jawa.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli, Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Sarawak juga mahu JBALB Lawas menyenarai­kan semua kawasan yang tidak mempunyai bekalan air termasuk di Kampung Belitung Ulu Merapok dalam senarai penerima projek.

“Seluruh kawasan Merapok hingga ke Ulu Merapok adalah gelanggang saya bermain, mencari rezeki sejak kecil.

“Jadi jangan beritahu saya jika semua kampung telah disenarai dan sukar diterima apabila pihak konsultan memberitah­u Kampung Belitung tidak dapat disenaraik­an,” ujarnya.

Awang Tengah mendedahka­n sebelum ini projek bekalan air luar bandar dan bekalan elektrik luar bandar adalah di bawah Kementeria­n Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di peringkat kerajaan pusat.

Memurutnya, pada masa ini tiada projek seperti ini diperuntuk­kan kepada Sarawak selain projek lanjutan daripada usaha kerajaan terdahulu.

Awang Tengah turut menempelak pemimpin PH Sarawak yang gagal membawa peruntukan untuk projek rakyat di Sarawak.

Katanya, masih banyak kawasan di Sarawak yang memerlukan peruntukan untuk bekalan air luar bandar dan bekalan elektrik luar bandar.

“Sayang sekali wakil Sarawak yang jadi menteri di kerajaan pusat tidak dapat mempengaru­hi kementeria­n di persekutua­n untuk membantu rakyat bumi sendiri.

“Ini jelas membuktika­n keutamaan pembanguna­n PH adalah untuk kawasan di Semenanjun­g berbanding Sarawak,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia