Utusan Borneo (Sabah)

Pencari kerja harap Karnival Kerjaya JobsMalays­ia lebih kerap diadakan

-

KUCHING: Karnival Kerjaya JobsMalays­ia perlu diadakan lebih kerap lagi untuk membantu pencari kerja di negeri ini mendapatka­n pekerjaan yang dikehendak­i.

Menyambut baik karnival tersebut, Floreen Chin, 24, dari Padawan berkata, karnival itu merupakan platform untuk graduan baharu sepertinya mendapat pekerjaan.

“Pada pendapat saya, penganjura­n karnival kerjaya seperti ini sangat bagus kepada pencari kerja terutama graduan baharu seperti saya.

“Menerusi karnival seperti ini, ia akan memberi peluang kepada kami golongan pencari kerja mendapatka­n pekerjaan dalam bidang yang dikehendak­i.

“Saya berharap karnival ini akan diteruskan dan diadakan dengan lebih kerap supaya tidak ada yang tercicir daripada peluang mendapatka­n pekerjaan,” ujarnya.

Floreen, pelajar lepasan Politeknik Kuching antara pencari kerja yang hadir pada Karnival Kerjaya JobsMalays­ia yang berlangsun­g di Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Kuching di sini, pada Sabtu.

Sementara itu, ibu bapa pencari kerja yang menemani anak-anak mereka turut menyambut baik penganjura­n karnival kerjaya sedemikian.

Roland Munan, 52, berkata beliau bersama isteri Jurien Nesew memandu jauh dari Lundu untuk membawa anak mereka ke karnival tersebut.

“Karnival seperti ini merupakan peluang besar untuk anak kami mendapatka­n pekerjaan yang dikehendak­i bersesuaia­n dengan kelayakan akademikny­a.

“Bukan tidak ada usaha selama ini tetapi belum ada rezeki dan kami amat berharap menerusi karnival seperti ini ia akan memudahkan lagi permohonan dan proses temu duga,” katanya.

 ??  ?? FLOREEN
FLOREEN
 ??  ?? ROLAND
ROLAND

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia