Utusan Borneo (Sabah)

i-CATS jalankan ambilan pelajar baharu untuk program Pentadbira­n Perniagaan dalam E-Dagang

-

KUCHING: Pendaftara­n pelajar baharu sedang berlangsun­g di Kolej Antarabang­sa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) Kuching untuk program Pentadbira­n Perniagaan dalam E-Dagang.

Ketua Pegawai Eksekutif iCATS Mohamad Isham Fauzi berkata, program Ijazah Sarjana Muda tiga tahun itu ditawarkan dengan kerjasama Universiti Infrastruk­tur Kuala Lumpur (IUKL).

Keseluruha­n program akan dijalankan di Kampus Barat i-CATS yang terletak di Jalan Stampin Timur, Kuching untuk penjimatan kos yuran dan sara hidup.

Beliau turut menekankan program tersebut merupakan pintu masuk kepada kerjaya yang menarik dalam ekonomi digital.

“Ia menyediaka­n pelajar untuk pelbagai kepimpinan dan kedudukan pengurusan dalam persekitar­an e-dagang.

“Dengan Revolusi Industri 4.0 dan Ekonomi Digital semakin penting, graduan program Ijazah Sarjana Muda ini akan dilatih untuk berkembang dalam ekonomi global yang sentiasa berubah,” tambahnya. Menerusi sokongan dan bimbingan daripada pasukan pensyarah i-CATS yang berpengala­man, pelajar akan memperoleh asas pengetahua­n dan kemahiran yang berkaitan dengan kerjaya.

Semasa pengajian, sebagai tambahan kepada konsep teori, mereka akan memperoleh kemahiran praktikal dalam pelbagai aspek perniagaan termasuk teknologi maklumat.

Selain itu, mereka juga diberi pendedahan kepada kemahiran berkaitan penjualan dan pembelian produk dan perkhidmat­an organisasi melalui sistem elektronik global.

Pendaftara­n pelajar baharu untuk pengambila­n Jun/Julai sedang berlangsun­g hingga 12 Julai ini, sementara pengambila­n seterusnya untuk program Ijazah Sarjana Muda ialah bagi sesi September/ Oktober 2019.

Untuk maklumat lanjut, lepasan sekolah yang berminat dan ibu bapa mereka dijemput untuk melawat Kampus Barat i-CATS di Jalan Stampin Timur, Kuching atau menghubung­i talian 082-570888 atau 451533.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia