Utusan Borneo (Sabah)

Padah beroperasi lebih masa

-

SIBU: Polis menahan enam individu termasuk tiga wanita tempatan dalam serbuan ke atas sebuah pusat hiburan di Jalan Tuanku Osman di sini yang beroperasi lebih masa, awal pagi Sabtu.

Dalam serbuan pada jam 4.47 pagi diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah DSP Hadian Keria bersama Inspektor Hairul Hussin dan Inspektor Baharuddin Sabang itu, kesemua yang ditahan adalah pemilik dan pekerja premis.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, antara yang ditahan ialah seorang wanita tempatan berusia 54 tahun dipercayai pemilik premis hiburan tersebut.

“Dalam serbuan itu juga, kita turut merampas pelbagai peralatan termasuk lima unit speaker, sebuah televisyen, satu unit ‘mixer’,dua unit mikrofon, satu penerima mikrofon, dua botol minuman keras dan satu unit pemain DVD.

“Hasil semakan mendapati premis tersebut mempunyai lesen, namun mereka telah melanggar syarat lesen tersebut kerana beroperasi lebih masa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.

Menurut Stanley, kesemua tangkapan dibawa ke Balai Polis Sentral untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen Ordinan Hiburan Sarawak 2000.

Terdahulu, dalam Ops Bersepadu berasingan, Hadian bersama sepasukan anggota Task Force, D4 dan D7 BSJD Sibu membuat pemeriksaa­n ke atas sebuah pusat hiburan di Lanang sekitar jam 11.30 malam kelmarin.

“Hasil pemeriksaa­n di lokasi seramai 15 lelaki tempatan dan enam wanita warganegar­a asing telah diperiksa dan kesemua subjek telah dibawa balik ke balai dan dibebaskan setelah selesai didokument­asi,” katanya.

Katanya, pemeriksaa­n dijalankan adalah untuk mengesan kegiatan kongsi gelap dan maksiat serta pelacuran, namun tiada tangkapan atau rampasan dibuat.

 ??  ?? SERBUAN ke atas sebuah pusat hiburan di Jalan Tuanku Osman.
SERBUAN ke atas sebuah pusat hiburan di Jalan Tuanku Osman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia