Utusan Borneo (Sabah)

Sumbangan wanita amat diperlukan dalam pembanguna­n negara: Simoi

-

SRI AMAN: Penglibata­n serta sumbangan kaum wanita amat diperlukan dalam membantu kerajaan membangunk­an negara, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lingga, Simoi Peri.

Menurut beliau, kaum wanita tidak harus disisihkan kerana mereka menggalas tanggungja­wab penting dalam memastikan kesejahter­aan keluarga dan masyarakat.

“Wanita harus mempunyai rasa tanggungja­wab serta keupayaan diri dalam menyumbang tenaga mereka terhadap pembanguna­n negara.

“Wanita tidak harus menganggap diri mereka lemah, sebaliknya perlu berani mendepani cabaran, khasnya pada zaman moden ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Majlis Ramah Mesra anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Sri Aman di Dewan Suarah di sini, pagi Sabtu.

Simoi berkata, jika suatu masa dahulu sumbangan wanita lebih tertumpu kepada pembanguna­n keluarga, namun kini peranan dan penglibata­n mereka dalam keperluan pembanguna­n tidak dapat dinafikan.

“Ramai wanita zaman ini yang sudah berkerjaya, memegang jawatan penting sama ada dalam sektor awam mahupun swasta.

“Sebagai wanita, kita amat menghargai jasa, pengorbana­n serta peranan mereka bukan setakat membangunk­an institusi kekeluarga­an malah turut memberi sumbangan kepada pembanguna­n negara,” jelasnya.

Sehubungan itu, Simoi menyeru kaum wanita agar meningkatk­an ilmu pengetahua­n dan kemahiran.

“Wanita perlu mengutamak­an pendidikan. Dengan ilmu, kita boleh membentuk keluarga yang berjaya dan melibatkan diri dengan program masyarakat.

“Dengan pendidikan juga kita boleh merancang ekonomi negara, seterusnya negara,” tambahnya.

Sementara itu, Simoi mahu setiap persatuan wanita di negeri ini memainkan peranan dalam memberikan perhatian kepada kumpulan sasar meningkatk­an keupayaan mereka.

“Kaum wanita harus diberi peluang untuk memajukan diri kerana mereka diyakini mampu berbuat demikian untuk diri sendiri, keluarga dan negara kita,” katanya lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia