Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Sarawak komited lahirkan generasi celik ilmu

-

KUCHING: Sarawak melakukan pelbagai cara untuk meningkatk­an motivasi golongan pelajar selain menawarkan bantuan biasiswa kepada mereka yang melanjutka­n pendidikan ke peringkat universiti di dalam dan luar negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman berkata, kesungguha­n kerajaan untuk melahirkan generasi celik ilmu bersandark­an kepada kepercayaa­n demi mengejar kemajuan akan datang.

Beliau berkata, umum mengetahui pendidikan mampu mengubah taraf ekonomi seseorang yang seterusnya memberi impak kepada bangsa ke arah yang lebih baik.

“Menyedari kepentinga­n mutlak kuasa pendidikan ini, maka Sarawak melaksanak­an beberapa inisiatif termasuk memperuntu­kkan biasiswa kepada pelajar perubatan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

“Selain mendapat sumbangan biasiwa, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang belajar di luar Sarawak turut menerima bantuan tambang pulang secara percuma dua kali setahun pada musim perayaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Jalinan Mesra Gawai Raya, Penyampaia­n Insentif Pendidikan Anak-Anak Ahli serta Apresiasi Pesara Ahli Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) 2019 di sebuah hotel terkemuka di sini, Sabtu.

Semua keistimewa­an untuk pelajar itu kata Fazzrudin, adalah untuk memastikan prestasi akademi anak-anak tempatan sentiasa subur dan memberi impak positif kepada ekonomi.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati golongan belia agar sentiasa memelihara hubungan sesama kaum yang lebih mudah dipupuk semasa di alam persekolah­an.

Katanya, semangat perpaduan yang terjalin kukuh antara pelbagai kaum merupakan kunci utama kepada kemajuan dan kemantapan ekonomi dan politik di Sarawak.

“Ketiadaan semangat perpaduan adalah punca berlakunya pergolakan politik sehingga mencetuska­n rusuhan kaum di beberapa negara kebelakang­an ini,” jelasnya.

Terdahulu, Presiden KGBS Ahmad Malie dalam ucapannya memberitah­u, kesatuan yang ditubuhkan pada 1957 kini mempunyai keahlian seramai 7,000 dengan 14 cawangan di seluruh Sarawak.

 ??  ?? FAZZRUDIN menyampaik­an insentif pendidikan kepada salah seorang pelajar pada majlis tersebut. Turut kelihatan Ahmad (tiga kanan).
FAZZRUDIN menyampaik­an insentif pendidikan kepada salah seorang pelajar pada majlis tersebut. Turut kelihatan Ahmad (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia