Utusan Borneo (Sabah)

Artis EDM uji ciri baharu dalam persembaha­n mereka

Selepas lebih setahun setelah kematian Avicii, dunia muzik elektronik mengalami perubahan

-

SELEPAS lebih setahun setelah kematian bintang muzik tarian, Avicii, dunia elektronik mengalami perubahan, dan berdepan dengan dominasi hip-hop sebagai ‘du jour’ muzik parti orang muda.

Artis dalam genre yang dahulu bawah tanah dan umumnya dikaitkan dengan kelab malam dan kegilaan itu sedang bercambah, menguji ciri-ciri baharu dalam persembaha­n mereka seperti instrument­al secara langsung dalam usaha untuk kekal segar dan menarik peminat baharu.

Avicii merupakan salah seorang deejay pertama yang membawa muzik elektronik ke aliran utama, dan bermain kepada penonton yang begitu ramai sekali di festival selain berkolabor­asi dengan bintang pop termasuk Madonna dan Coldplay.

Kematian awal artis dari Sweden itu pada usia 28 tahun meninggalk­an kekosongan, dan ramai menganggap Avicii sebagai versi EDM bagi Kurt Cobain, penyanyi utama kumpulan Nirvana yang meninggal dunia pada usia 27 tahun.

Sebelum dia meninggal dunia, deejay itu memberi amaran bahawa EDM – termasuk stail seperti house, techno, trance dan dubstep – mesti berubah untuk terus hidup.

“Sejak ia menjadi begitu besar di Amerika beberapa tahun lalu, muzik tarian sedang mengambil alih di merata tempat,” katanya kepada akhbar London Evening Standard.

“Ia adalah penting untuk ia terus berubah supaya ia tidak menjadi satu kegemaran seketika.”

Sekarang, dengan mata

yang lebih cenderung ke arah muzikaliti dan seni hiburan, kebanyakan artis EDM kontempora­ri pada hari ini, mengetepik­an irama intensiti tinggi dengan degupan parti dan beralih kepada karya yang lebih eksperimen­tal.

Kumpulan duo dari Kanada, Bob Moses, telah mengolah stail rock-electro yang diadun dengan instrumen secara langsung dan vokal lasak, keluar dari dunia gudang di mana mereka membesar untuk membuat persembaha­n di festival besar seperti Coachella dan New York’s Governors Ball.

“Apabila kami berkumpul dalam masa dan tempat yang kami buat – iaitu Brooklyn pada 2012 – segalanya mengenai kegilaan gudang dan muzik tarian bawah tanah,” kata Tom Howie dari kumpulan duo berkenaan.

“Itu seperti super punk rock – amat baharu dan mengujakan.”

Peralihan EDM ke aliran utama membuka laluan baharu bagi kumpulan duo itu, kata mereka, yang mendorong mereka untuk menguji dengan membawa mikrofon dan gitar ke dalam booth deejay untuk mencipta bunyi fusion.

Jimmy Vallance

– seorang lagi anggota kumpulan berkenaan – berkata menekan lirik lagu mereka membolehka­n kedua-dua mereka untuk mencapai audiens yang lebih luas.

Dengan cara ini, mereka dapat “benarbenar membiarkan lagu-lagu bercakap, berbanding memimpin dengan penerbitan,” kata Vallance.

- ‘Segar dan baharu’ -

Di festival Coachella yang berpengaru­h pada tahun ini, deejay dari Rusia, Nina Kraviz, mengejutka­n ramai apabila dia mengubah setnya kepada pertunjuka­n audiovisua­l secara langsung – satu cara yang menurut pengkritik budaya deejay dapat mencipta semula diri sendiri.

Seni hiburan serta techno, persembaha­n yang menarik perhatian namun memecah-belah itu menyaksika­n artis itu mengubah pentas menjadi bilik tamu yang dihias, di mana dia berposing dalam cermin, berjalan mundar-mandir dan bernyanyi bersama rentak ala mimpinya.

Deejay dari Perancis, Agoria, sudah terlibat dalam EDM sejak kebangkita­n house dan techno pada hujung zaman 1990an yang merangkumi ledakan muzik ‘French Touch’, yang menyaksika­n penghibur seperti Daft Punk, AIR dan Cassius menguasai dunia kelab dengan lagulagu yang diwarnai disko.

Untuk rekod baharunya yang dikeluarka­n pada tahun ini – bertajuk ‘Drift’, yang merujuk kepada “hanyut menerusi genre dan tempo dalam satu set” – dia cuba menggilirk­an stail dengan mood untuk menggerakk­an bunyinya.

“Sebagai penerbit, saya rasa tidak mahu menghabisk­an hari-hari saya di rumah dengan membuat benda yang sama,” katanya kepada AFP.

“Saya mahu membuat sesuatu yang segar dan baharu.”

Artis berusia 43 tahun itu, yang mengasaska­n festival elektronik Perancis, Les Nuits Sonores, di Lyon, membawa pencarian bagi kebaharuan itu ke tahap yang begitu tinggi sekali pada tahun lepas, berkolabor­asi dengan NASA untuk memancarka­n muzik yang dia gubah 12.4 tahun cahaya ke angkasa lepas.

- ‘Pendemokra­sian bunyi’ -

Bagi DJ Michael Brun yang berpangkal­an di Brooklyn, EDM dan hip-hop sebenarnya menguatkan dan memperbaik­i satu sama lain.

“Hip-hop membuat banyak perkara menarik dari segi penerbitan yang saya rasa menggerakk­an muzik ke depan,” kata deejay berusia 27 tahun itu, dengan bunyi unik yang mengadunka­n elemen genre EDM dengan stail dari negara asalnya Haiti.

Bagi Brun, inovasi dalam muzik tarian kini berpunca daripada dunia bawah tanah di luar ibu kota EDM tradisiona­l seperti Berlin dan Ibiza, khususnya di tempat seperti Afrika Selatan, di mana dunia elektronik telah meletup sejak beberapa tahun lalu.

Brun berkata, internet telah membawa kepada “pendemokra­sian bunyi”.

“Orang meletakkan sedikit ciri budaya mereka di dalam, dan ia membuatnya berubah dan menjadi benda lain,” katanya.

“Sekarang adalah masa yang begitu bagus untuk menjadi seorang artis, kita dapat membuat apa sahaja yang kita inginkan.

“Selagi ia jujur kepada diri anda sendiri, anda akan menemui ramai peminat,” tambah Brun. — AFP

 ??  ?? DJ MICHAEL BRUN
DJ MICHAEL BRUN
 ??  ?? AVICII
AVICII
 ??  ?? AGORIA
AGORIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia