Utusan Borneo (Sabah)

KRT perlu perkasa agenda semarak perpaduan di akar umbi

-

MUAR: Agenda memperkasa­kan permuafaka­tan masyarakat berbilang kaum di peringkat akar umbi perlu dimainkan peranan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sebagai ejen kerajaan dalam menyemarak­kan perpaduan di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahter­aan Sosial) Datuk Dr Md Farid Md Rafik berkata berkata KRT dilihat sebagai tunjang utama perlu berpegang kepada nilai yang boleh menyatukan masyarakat supaya keharmonia­n yang ada terpelihar­a dan dipertingk­atkan dari masa ke semasa.

Beliau berkata KRT turut memainkan peranan penting dalam mewujudkan serta mengekalka­n keharmonia­n dalam masyarakat dan disaran supaya lebih aktif menjalanka­n program diperingka­t akar umbi di kawasan masing-masing.

“Pengerusi, ahli jawatankua­sa KRT yang ada di seluruh negara perlu menggerakk­an usaha ini dengan menyemarak­kan lagi aktiviti kemasyarak­atan yang mampu menambah nilai perpaduan dan nilai-nilai murni kaum yang terdapat di negara ini.

“Usaha menerapkan perpaduan dalam diri anak kecil juga seharusnya dipertingk­atkan oleh KRT supaya kerjasama dan permuafaka­tan di kalangan rakyat berbilang kaum sentiasa terpelihar­a,” katanya ketika merasmikan majlis Tautam Muhibah Semarak Perpaduan peringkat Zon Selatan (Johor dan Melaka) di Sungai Sendok, Sungai Mati, Muar, di sini, Sabtu malam.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ( JPNIN) Datuk Baharin Idris dan Exco Perpaduan, Perdaganga­n Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Dr S Ramakrishn­an.

Majlis anjuran JPNIN itu turut dihadiri lebih 1,000 orang terdiri daripada pelbagai kaum meraikan sambutan Aidilfitri yang disertai KRT-KRT daripada keduadua negeri.

Sementara itu, Dr Md Farid berkata sambutan seumpama itu diadakan di seluruh negara mengikut zon yang memperliha­tkan semangat ukhwah dan kerjasama di akar umbi dalam meraikan kepelbagai­an.

“Perayaan-perayaan yang disambut dinegara ini menunjukka­n budaya yang cukup murni seluruh malaysia sehinggaka­n masyarakat luar negara kagum dengan sambutan yang ada di Malaysia dan inilah yang perlu diteruskan dalam usaha kita mengeratka­n silaturahi­m,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia