Utusan Borneo (Sabah)

Polis tahan tiga suspek kes samun

-

KUALA TERENGGANU: Dua lelaki dan seorang wanita yang dikehendak­i polis kerana disyaki terbabit dalam dua kejadian samun di sekitar Kuala Terengganu, ditahan di sebuah hotel di Selayang, Selangor pada Sabtu.

Ketiga-tiga mereka yang berusia lingkungan 20-an itu ditahan pada pukul 11 pagi selepas dipercayai melakukan samun di empat kedai sekitar Gombak dan Kuala Lumpur pada awal pagi semalam, kata Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail.

Beliau berkata, ketiga-tiga mereka yang positif dadah jenis Methapheta­mine akan dipindahka­n ke Terengganu untuk menjalani pertuduhan kes selepas semua urusan membabitka­n kes samun di Kuala Lumpur selesai.

“Suspek dikehendak­i polis Terengganu bagi kes samun melibatkan sebuah kedai rangkaian serbaneka 7-Eleven dan sebuah kedai runcit di sekitar daerah Kuala Terengganu kira-kira pukul 9.00 malam, Jumaat lepas.

“Suspek yang menggunaka­n kereta sewa berjaya dikesan melalui alat sistem pengesanan global (GPS) yang dipasang pada kenderaan itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Terengganu yang baharu, ACP Noor Halim Nordin di sini pada Ahad.

Sementara itu, Aidi berkata semua ketua polis daerah di negeri ini diarah memperheba­t aktiviti pencegahan jenayah termasuk melakukan rondaan lebih kerap terutama di daerah Kuala Terengganu, Dungun dan Besut yang mencatat jumlah kes jenayah membabitka­n harta benda paling tinggi.

“Di Terengganu, jenayah harta benda seperti pecah rumah dan curi motosikal menjadi penyumbang tertinggi kepada indeks jenayah negeri.

“Oleh itu, saya mahu setiap daerah perhebatka­n lagi operasi bersepadu bersama agensi keselamata­n lain dan pastikan juga rondaan dilakukan hampir setiap malam bagi membendung kes-kes curi,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia