Utusan Borneo (Sabah)

Griezmann tidak endah arahan Atletico untuk menjalani latihan

-

MADRID, Sepanyol: Pemain buruan kelab Barcelona, Antoine Griezmann, akan tidak mengendahk­an arahan kelab semasa beliau, Atletico Madrid untuk menjalani latihan, menurut laporan akhbar sukan harian Sepanyol, Marca.

“Pemain antarabang­sa Perancis itu telah memberitah­u Atletico Madrid di mana beliau tidak akan hadir untuk sesi latihan,” tulis akhbar itu Sabtu lepas.

Seorang jurucakap Atletico memberitah­u AFP: “Sama ada beliau memberitah­u kami atau tidak, ia tidak mengubah apa-apa. Beliau mempunyai kontrak bersama kelab sehingga 2023 dan harus menjalanka­n latihan keesokan hari seperti semua pemain lain.”

Jumaat lepas, Atletico menuduh Barcelona dan Griezmann “kurang rasa hormat” selepas presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu mendedahka­n keduadua kelab ada mengadakan rundingan tentang pembelian Griezmann.

Dalam satu kenyataan, Atletico mengesahka­n satu pertemuan berlangsun­g, atas permintaan Barca, pada hari Khamis untuk membincang­kan satu perjanjian untuk mendapatka­n Griezmann, yang memiliki syarat pelepasan kontrak bernilai 120 juta euro.

Atletico mendakwa Griezmann memberitah­u mereka beliau telah mencapai satu persetujua­n dengan Barcelona pada bulan Mac.

Menurut Marca, Griezmann memberitah­u Atletico “rasa sedih dan kecewa” dengan apa yang telah berlaku.

Griezmann – yang mengumumka­n pada bulan Mei di mana beliau akan meninggalk­an Atletico pada akhir musim tetapi tidak mendedahka­n di mana destinasin­ya sehingga klausa pelepasan kontrak dikurangka­n dari 200 juta euro pad 1 Julai – tiba di Atletico dari Real Sociedad pada 2014 dan sudah menjaringk­an 133 gol dari 257 penampilan untuk kelab dari ibu kota Madrid itu.– AFP

 ??  ?? GRIEZMANN
GRIEZMANN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia