Utusan Borneo (Sabah)

Lahad Datu juara keseluruha­n Karnival BI

Tingkat perpaduan, penguasaan BI dan pilih wakil Sabah ke peringkat kebangsaan

-

DAERAH Lahad Datu muncul juara keseluruha­n Karnival Perpaduan Bahasa Inggeris (BI) Peringkat Negeri Sabah 2019 berlangsun­g di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sandakan dan Kolej Tingkatan Enam (KTE) Datu Pangiran Galpam Sandakan pada 5-7 Julai lalu.

Program tahunan anjuran Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) itu dikelolaka­n oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan melalui Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) dan dilaksanak­an oleh Unit Kokurikulu­m, PPD Sandakan.

Penolong Setiausaha Jawatankua­sa Pengelola Alfian Ahmad Ripae yang juga penyelia Kokurikulu­m PPD Sandakan berkata seramai 197 pelajar sekolah rendah dan menengah bersama 63 guru pengiring dari 22 daerah (PPD) menyertai karnival itu, kecuali dua daerah iaitu PPD Sipitang dan PPD Kuala Penyu.

Katanya, karnival itu merupakan sebahagian daripada program tahunan di bawah Unit Kokurikulu­m (Koakademik Bahasa) yang antara lain bertujuan meningkatk­an ilmu pengetahua­n dan penguasaan pelajar khasnya dalam Bahasa Inggeris.

Dalam masa yang sama, karnival itu juga bertujuan menjalin dan memperkuku­hkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum khasnya dalam kalangan pelajar melalui aktiviti atau kegiatan kokurikulu­m, selaras dengan peranan kokurikulu­m sebagai sebahagian daripada proses pendidikan untuk membantu menyokong perkembang­an kurikulum (akademik) pelajar, di samping memupuk perpaduan.

Alfian berkata, empat acara yang dipertandi­ngkan sempena karnival itu ialah story telling, public speaking, poetry recitation dan juga scrabble, untuk kategori sekolah rendah dan menengah, kecuali acara story telling yang hanya melibatkan peserta sekolah rendah.

Acara story telling, johan dimenangi oleh peserta dari Sekolah Kebangsaan (SK) St Monica, Beaufort, naib johan SJK (C) Yuk Choi Lahad Datu dan tempat ketiga SK Membulu, Keningau.

Acara Public Speaking Sekolah Rendah, johan dimenangi peserta dari SJK(C) Chung Hwa Kota Kinabalu, naib johan SJK(C) Yuk Chin Tawau dan ketiga SK Kunak 1, Kunak.

Peserta SMK Agaseh Lahad Datu muncul johan acara public speaking kategori Sekolah Menengah, manakala naib johan dan ketiga masingmasi­ng dimenangi peserta SMK Pekan II Kota Belud dan SM St Martin Tambunan.

Bagi acara poetry recitation Sekolah Rendah, johan diungguli peserta SK St Francis Convent (M) Kota Kinabalu, naib johan peserta SK Simpangan Kota Marudu dan ketiga SJK(C) Kung Ming, Beaufort.

Kategori Sekolah Menengah bagi acara public speaking menyaksika­n peserta SMK St Paul Beaufort muncul johan, manakala SMK Narinang Kota Belud dan SM St Dominic Lahad Datu masing-masing meraih naib johan dan tempat ketiga.

Peserta Lahad Datu terus menyerlah sempena Karnival Perpaduan BI tahun ini apabila turut mengunggul­i acara poetry recitation kategori Sekolah Rendah melalui pesertanya dari SJK (C) Chee Vun Lahad Datu, manakala naib johan dimenangi peserta SK Tudan Ranau dan tempat ketiga, SK Pekan Pitas Dua, Pitas.

Scrabble Sekolah Menengah pula diungguli peserta SMK Kunak (Kunak), naib johan peserta SMK Lohan Ranau dan ketiga peserta dari SMK Pekan Dua, Kota Belud.

Dengan kejayaan muncul johan bagi dua acara iaitu public speaking (sekolah menengah) dan scrabble (sekolah rendah), meraih satu naib johan (story telling sekolah rendah) dan satu tempat ketiga melalui acara poetry recitation (sekolah menengah), berjaya meletakkan daerah Lahad Datu untuk dinobatkan sebagai juara keseluruha­n Karnival Perpaduan Bahasa Inggeris 2019 peringkat negeri Sabah.

Majlis penyampaia­n hadiah kepada para pemenang disempurna­kan oleh Alfian dan juga Ketua Unit UPK PPD Sandakan Ahmad Yussof Mohammad.

Para pemenang pertanding­an itu akan mewakili negeri Sabah ke Karnival Perpaduan Bahasa Inggeris peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Terengganu pada 19 Ogos depan.

 ??  ?? BARISAN lima panel juri yang mengadili pertanding­an poetry recitation sempena Karnival Perpaduan BI 2019 peringkat negeri Sabah di Sandakan termasuk wakil dari KPM (tengah).
BARISAN lima panel juri yang mengadili pertanding­an poetry recitation sempena Karnival Perpaduan BI 2019 peringkat negeri Sabah di Sandakan termasuk wakil dari KPM (tengah).
 ??  ?? ALFIAN (dua kanan) menyampaik­an hadiah kepada pemenang johan poetry recitation (sekolah rendah) dari SK St Francis Convent, Kota Kinabalu sambil diiringi penolong kanan Kokurikulu­m SMK Sandakan.
ALFIAN (dua kanan) menyampaik­an hadiah kepada pemenang johan poetry recitation (sekolah rendah) dari SK St Francis Convent, Kota Kinabalu sambil diiringi penolong kanan Kokurikulu­m SMK Sandakan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta pertanding­an poetry recitation (sekolah rendah) yang diadakan di Bilik Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMK Sandakan.
SEBAHAGIAN peserta pertanding­an poetry recitation (sekolah rendah) yang diadakan di Bilik Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMK Sandakan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta story telling (sekolah rendah) yang diadakan di Dewan Kolej Tingkatan Enam Datuk Pangiran Galpam, Sandakan.
SEBAHAGIAN peserta story telling (sekolah rendah) yang diadakan di Dewan Kolej Tingkatan Enam Datuk Pangiran Galpam, Sandakan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta scrabble (sekolah rendah) yang diungguli peserta SJK(C) Chee Vun, Lahad Datu.
SEBAHAGIAN peserta scrabble (sekolah rendah) yang diungguli peserta SJK(C) Chee Vun, Lahad Datu.
 ??  ?? PEMENANG acara poetry recitation (sekolah rendah) bergambar kenangan bersama Alfian (kanan).
PEMENANG acara poetry recitation (sekolah rendah) bergambar kenangan bersama Alfian (kanan).
 ??  ?? AKSI salah seorang peserta public speaking sekolah menengah.
AKSI salah seorang peserta public speaking sekolah menengah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia