Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan golf Kadayan Brunei dinobat juara Kejohanan Golf Kadayan SeBorneo

Kejohanan Golf Kadayan SeBorneo ke-4

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KOTA KINABALU: Pasukan golf Kadayan yang mewakili Negara Brunei Darussalam (1,076) dinobatkan sebagai juara setelah menewaskan tiga pasukan yang bertanding dalam Kejohanan Golf Kadayan SeBorneo ke-4 pada Sabtu.

Kejohanan yang diadakan di Sutera Harbour Golf and Country Club selama sehari itu telah berlangsun­g dengan jayanya.

Naib johan pula disandang oleh pasukan Sabah (1,087) selakutuan­rumah, manakala tempat ketiga dimenangi pasukan Sarawak (1,095) sementara pasukan Labuan (1,095) mendapat tempat keempat.

Untuk kategori individu, johan dimenangi Mohd Lokman Mustaffa - 74 (Sarawak), naib johan Diny Karim – 78 (Brunei) dan ketiga Mohd Solhi Datuk Aidi – 82 (Sabah).

Bagi kategori individu (nett), johan dimenangi Seruji Setia (Brunei) manakala naib johan Zamri Moktar (Sabah) dan tempat ketiga Jali Adul (Sabah).

Dalam kategori senior (65), johan dimenangi Dato Adnan Hanafiah (Brunei), naib johan Haji Alias Mail (Sarawak) dan tempat ketiga Osmar Duraman (Brunei).

Untuk kategori jemputan, johan dimenangi Leon Chin, naib johan ACP Jauteh Dikun dan tempat ketiga Allan Abd Rahim.

Majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah telah disempurna­kan oleh Presiden Persatuan Kadayan Sabah (Paadian) Datuk Dr Yusof Yacob yang juga Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah.

Yusof dalam ucapan penutupan memberitah­u, beliau akan sentiasa menyokong sebarang aktiviti dan kegiatan sukan seumpama itu dengan harapan ia mampu melahirkan lebih ramai pemain golf Kadayan yang bertaraf antarabang­sa.

Beliau turut berharap para peserta akan terus memberikan sokongan kerana Paadian yang akan menganjurk­an pertanding­an Golf Amal Paadian dan Makan Malam Amal Paadian yang dijadual diadakan pada September depan.

Kapten kejohanan Zamri Moktar ketika ditemui berkata, Sabah berbesar hati menjadi tuan rumah untuk kejohanan kali ini memandangk­an ia merupakan acara julung kali diadakan di negeri ini.

Katanya, seramai 142 pemain menyertai kejohanan kali ini yang membabitka­n empat pasukan yang masingmasi­ng diketuai Cr Haji Alias Mail (Sarawak), Datuk Rozman Isli (Wilayah Persekutua­n Labuan), Datuk Dr Yusof Yacob (Sabah) dan Dato’ Paduka Seri Bahrin Mohd Noor (Brunei Darussalam).

Pengerusi Penganjur Kejohanan Golf Kadayan SeBorneo dan Penganjur Rumah Terbuka PAADIAN Osman Ahmed ketika ditemui merakamkan penghargaa­n dan ucapan terima kasih kepada para penyumbang atas sumbangan dalam menjayakan kejohanan yang julung kali diadakan di Sabah itu.

Katanya, kejohanan kali ini sangat menarik kerana menawarkan hadiah berupa kereta BMW X1 dan Proton X70 untuk pemenang ‘Hole In One’.

“Terima kasih atas sumbangan daripada Fook Loi Motor SB, Hyperwave System Engineerin­g SB, Dato’ Alimudin Mallarong, Datuk Nurnikman Abdullah, Mohd Kassim Ali Yussof, Ismail Palil, Sri Pancar SB, Saimon Senang, Ag Junaidi Pg Tinggal, Jalaludin Abdullah, Uda Mohd Tamin, SHAR Associates, Sani Gapar, Hamed OKK Zainal, Zamzaini Datuk Isli, Shaiful Batong, Dr Rasit Ibrahim, Abd Halikun Jun, Lahat Ahok serta semua pihak yang menjayakan kejohanan kali ini,” katanya.

Beliau berharap agar kejohanan itu secara tidak langsung dapat menyuntik semangat mahabbah dan silaturahi­m, toleransi dan persaingan sihat dalam kalangan peserta.

Turut hadir pada kejohanan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Hashim Paijan, Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Moktar, Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Uda Sulai, Pembantu Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Datuk Azhar Matussin, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Datuk Safar Untung dan Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli.

Sebelum kejohanan itu, turut diadakan Majlis Rumah Terbuka Paadian di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian Sabah, yang dihadiri kira-kira 300 orang.

 ??  ??
 ??  ?? YUSOF melakukan pukulan sempena kejohanan itu.
YUSOF melakukan pukulan sempena kejohanan itu.
 ??  ?? PASUKAN golf Kadayan Negara Brunei Darussalam.
PASUKAN golf Kadayan Negara Brunei Darussalam.
 ??  ?? PASUKAN golf Kadayan Sabah.
PASUKAN golf Kadayan Sabah.
 ??  ?? ZAMRI
ZAMRI
 ??  ?? YUSOF
YUSOF
 ??  ?? OSMAN
OSMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia