Utusan Borneo (Sabah)

‘Rasuah dan pengadil’ di Copa Amerika: Messi

-

SAO PAULO, Argentina: Lionel Messi menyelar “rasuah dan pengadil” di Copa Amerika selepas beliau dibuang padang ketika Argentina menamatkan kejohanan di tangga ketiga selepas menewaskan Chile 2-1 Sabtu lepas.

Pada perlawanan yang turun naik, Messi dan kapten pasukan Chile, Gary Medel, dibuang padang lapan minit sebelum rehat selepas pergelutan di hadapan pintu gol.

Rakaman insiden mencadangk­an Messi tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Rasuah dan pengadil menghalang orang ramai dari menikmati bola sepak dan mereka menjejaska­nnya,” kata bintang bola sepak dunia itu.

Messi sudah berang dengan pengadilan ketika Argentina tewas 0-2 kepada pasukan tuan rumah, Brazil pada perlawanan separuh akhir, dengan mendakwa pasukan tuan rumah mendapat layanan lebih baik dari badan induk bola sepak Amerika Selatan, CONMEBOL.

Perlawanan penentuan tempat ketiga ini akan lebih diingati kerana dua penyingkir­an pemain yang menyebabka­n pergaduhan beramai-ramai dalam padang.

Dalam apa yang dilihat pelanggara­n tidak bahaya, Messi yang jelas kecewa menolak Medel dengan lemah dari belakang ketika Medel menolak bola keluar.

Medel membalas dengan menghantuk kepalanya ke dada Messi sebanyak dua kali pada satu insiden yang hanya sewajarnya satu kad kuning kepada Medel.

Apa yang menariknya, pengadil perlawanan, Mario Diaz de Vivar melayangka­n dua kad kuning kepada kedua-dua pemain.

“Medel sentiasa gagal mengawal sabar tetapi ia tidak sepatutnya kad merah untuk kami. Beliau (pengadil) boleh mendapat nasihat VAR (video bantuan pengadil),” kata Messi.

VAR menjadi isu ketika Argentina tewas kepada Brazil ketika Argentina mempunyai dua peluang mendapatka­n penalti tetapi tidak diendahkan pengadil dengan tidak langsung merujuk kepada VAR. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia