Utusan Borneo (Sabah)

Piala Negara Afrika: Jaringan lewat Lorch kecewakan Mesir

-

KAHERAH, Mesir: Thembinkos­i Lorch menjadi wira Afrika Selatan apabila menjaringk­an gol kemenangan minit ke-85 untuk menyingkir­kan pasukan tuan rumah, Mesir dari Piala Negara Afrika pada perlawanan pusingan kedua di sini Sabtu lepas.

Selepas tiga prestasi hambar di pusingan pertama, Afrika Selatan diletakkan sebagai pasukan ‘underdog’ ketika berdepan juara tujuh kali kejohanan, Mesir, dengan barisan bintang termasuk penyerang sensasi, Mohamed Salah.

Namun semuanya berubah apabila satu serangan pantas membolehka­n Lebo Mothiba mengumpan bola kepada Lorch, yang menewaskan penjaga gol Mohamed Elshenawy.

Pemenang perlawanan sememangny­a tidak dijangka selepas bergelut di pusingan pertama dengan mempamerka­n aksi hambar dan tumpul di jentera serangan selain layak ke pusingan kedua atas tiket salah sebuah pasukan terbaik di tangga ketiga kumpulan.

Afrika Selatan akan menentang Nigeria, yang mengejutka­n juara bertahan, Cameroon pada perlawanan awal, di suku akhir.

Salah, yang tidak menjalani latihan pada pertengaha­n minggu kerana demam, dikawal ketat oleh pertahanan Afrika Selatan.

Mesir menukar tiga pemain dari skuad yang menewaskan Uganda pada perlawanan terakhir Kumpulan A untuk mengekalka­n rekod sempurna tiga kemenangan, menjaringk­an lima gol dan tanpa sebarang bolos.

Kembali semula ke kesebelasa­n utama ialah MahmoudAla­a, TarekHamed dan penyerang Marwan Mohsen dengan Baher Elmohamady, Nabil Donga dan Ahmed Hassan bermula di bangku simpanan.

Afrika Selatan melakukan dua pertukaran di bahagian tengah dari pasukan yang tewas kepada Maghribi dan melangkah ke pusingan kedua dengan rekod paling buruk sebagai salah satu dari empat pasukan terbaik di tempat ketiga.

Lorch dan Dean Furman diturunkan dalam kesebelasa­n utama menggantik­an Thulani Serero dan Themba Zwane yang digantung perlawanan.

Afrika Selatan bermain buruk dalam semua tiga perlawanan Kumpulan D mereka, tidak mencemaska­n pertahanan lawan dan dikritik secara terbuka oleh media negara mereka kerana pendekatan negatif dari jurulatihn­ya, Stuart Baxter.

Baxter memuji kemenangan mengejut ke atas pasukan pilihan sebagai “luar biasa”.

“Kami mempunyai persediaan tiga hari untuk merancang permainan. Saya fikir pemain bermain dengan sangat baik, bermain dengan berani dan rentak permainan tinggi menentang lawan yang hebat seperti pasukan Mesir,” kata Baxter.

“Bagi saya, satu-satu cara di mana kami boleh menang adalah jika anda membenarka­n pasukan membina dari penguasaan bola dan mengumpan bola kepada pemain terbaik yang boleh memberikan masalah besar kepada lawan.”

Baxter membayangk­an permainan lebih menyerang di pusingan kalah mati dan beliau mengotakan janjinya apabila Percy Tau dan Lorch mempunyai cubaan dari jarak jauh seawal minit ketiga permainan.

Salah, Pemain Terbaik Afrika tahun lepas, mempunyai satu peluang selepas itu tetapi tersasar.

Mahmoud Hassan, salah seorang pemain bintang Mesir di pusingan pertama, mengucar-kacirkan pertahanan Afrika Selatan sebelum dikasari di hujung kotak penalti untuk memberikan satu tendangan percuma tetapi Abdallah el Said gagal melakukan tendangan kemas. -AFP

 ??  ?? LORCH menjaringk­an gol kemenangan Afrika Selatan pada minit ke-85 seterusnya menyingkir­kan pasukan tuan rumah, Mesir dari Piala Negara Afrika. -Gambar AFP
LORCH menjaringk­an gol kemenangan Afrika Selatan pada minit ke-85 seterusnya menyingkir­kan pasukan tuan rumah, Mesir dari Piala Negara Afrika. -Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia