Utusan Borneo (Sabah)

DAP adakan misi kemanusiaa­n

Bantu golongan memerlukan di empat kampung di Kota Marudu

- Oleh Henry Bating

KOTA MARUDU: Sukarelawa­n Tiong Hua di sini bergabung tenaga dengan Parti Tindakan Demokratit­k (DAP) dan Tokong Cina mengadakan misi kemanusiaa­n bersama Jabatan Kebajikan Am membantu kalangan keluarga yang memerlukan di empat kampung dalam kawasan Tandek.

Ketua DAP Tandek Ben Wong berkata pihaknya memberikan perkhidmat­an tanpa mengira bangsa dan agama di Kg Panusukan, Kg Mangkalua, Kg Talantang Satu dan Kg Tingkalano­n.

“Kita melaksanak­an misi ini untuk membantu golongan daif, warga emas, kanak-kanak kurang bernasib baik dan kalangan keluarga yang ditimpa musibah,” katanya yang juga aktivis belia Tiong Hua di sini.

Beliau menambah, pihaknya turut mengumpul dana untuk membantu kalangan pesakit talasemia di samping mengadakan kempen derma darah.

Fasa pertama misi terbaharu diketuai ahli jawatankua­sa DAP Kota Marudu mengiringi Pegawai Kebajikan Daerah Saimah Saluping menyampaik­an bantuan keperluan harian kepada penduduk di Kg Panusukan dan Kg Mangkalua.

Sementara misi kedua Jumaat lalu yang diketuai Ben sendiri ialah mengiringi Pembantu Pegawai Kebajikan menghantar bantuan keperluan harian ke Kg Talantang Satu dan Kg Tingkalano­n.

Ben berkata, pihaknya akan terus melaksanak­an misi kemanusiaa­n dengan memberikan apa yang termampu kepada kalangan penduduk yang memerlukan.

Beliau memaklumka­n dalammasat­erdekatpih­aknya akan bekerjasam­a dengan Tokong Cina Kota Marudu mengadakan kempen derma darah sekali tiga bulan.

Beliau berharap usaha yang dilakukan pihaknya mendapat penyertaan baik dari kalangan masyarakat.

 ??  ?? LAWATAN: Antara empat kampung yang dilawati.
LAWATAN: Antara empat kampung yang dilawati.
 ??  ?? BANTUAN: Ben menyampaik­an bantuan di Kg Panusukan.
BANTUAN: Ben menyampaik­an bantuan di Kg Panusukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia