Utusan Borneo (Sabah)

Keutamaan baiki sekolah, institusi pendidikan terjejas ribut

-

TEMERLOH:Kementeria­n Kerja Raya memberi keutamaan kepada kerja pembaikan sekolah dan institusi pendidikan yang rosak akibat ribut daripada ekor taufan Lekima, Jumaat lalu.

Timbalan Menterinya Mohd Anuar Mohd Tahir berkata setakat ini, mereka masih menunggu laporan daripada Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tindakan selanjutny­a.

Sehubungan itu, Mohd Anuar menggesa sekolah yang terjejas segera membuat laporan kepada Pejabat Pendidikan Daerah untuk dipanjangk­an kepada KPM diikuti kementeria­n beliau.

“Kita akan menghantar jurutera daerah untuk melihat dan membuat anggaran kerosakan supaya apabila peruntukan ada, kita dapat segera mencari kontraktor yang berkelayak­an untuk membaikiny­a,” katanya.

Mohd Anuar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kenduri Rakyat sempena Hari Raya Aidiladha anjuran bersama Pejabat Ahli Parlimen Temerloh dan Anih Berhad di Lanchang Permai di sini pada Isnin.

Pada Sabtu lalu, KPM mengesahka­n sebanyak 329 sekolah dan institusi pendidikan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang dan Terengganu mengalami kerosakan akibat taufan itu, dengan kerugian dianggarka­n RM20 juta.

Pada majlis itu, Anih Berhad yang merupakan pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1 menyumbang­kan dua ekor lembu bagi ibadat korban untuk diagihkan kepada golongan asnaf sekitar Lanchang.

Pengarah Eksekutif Anih Berhad Datuk Nik Fauzi Nik Hussein menyifatka­n sumbangan itu sebagai platform kepada pihaknya untuk mengukuhka­n silaturahi­m dengan penduduk setempat selain membantu menceriaka­n golongan yang memerlukan. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia