Utusan Borneo (Sabah)

Dua produk inovasi mahasiswa UMS raih emas, gangsa

Hasil usaha mahasiswa Program Perhotelan UMS

-

KOTA KINABALU: Kejayaan manis diraih dua mahasiswa tahun dua Program Pengurusan Perhotelan HE08, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) iaitu Noor Muslimah Timbul @Timbol dan Nur Ainin Aqilah Hasmat.

Mereka berjaya menggondol pingat emas bagi produk Zea Mays Flour (Tepung Jerami Jagung) dan pingat gangsa bagi produk Maydis Bun Roll Filling (Bun Roti Jerami Jagung Berinti).

Pencapaian itu diperoleh ketika menyertai The UNIMAS Innovation Technology Exposition 2019 (InTEX19) melalui kategori Sains Sosial dan Kemanusiaa­n yang berlangsun­g di Kuching, Sarawak baru-baru ini anjuran bersama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Sarawak Multimedia Authority (SMA).

Bertemakan ‘ResearchDr­iven Innovation and Technology’, program yang mempamerka­n hasil produk dan inovasi itu menyaksika­n dua mahasiswa UMS menjadi antara peserta yang menonjol dalam kalangan 200 peserta dari pelbagai institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia seperti Kolej Universiti Teknologi Sarawak, Universiti Teknologi Mara, Swinburne University of Technology, Curtin University Malaysia, Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Putra Malaysia.

Program itu adalah sebahagian daripada inisiatif penyelidik­an dan inovasi tahunan yang berfungsi sebagai platform untuk ahli akademik menyertai dan mempamerka­n hasil penyelidik­an mereka yang inovatif dan kreatif seperti produk, idea serta reka bentuk bagi bersaing untuk mendapatka­n pengiktira­fan daripada juri profesiona­l institusi dan agensi yang diiktiraf.

Menerusi penyertaan sedemikian, mahasiswa dapat didedahkan dengan budaya inovasi dan kreativiti yang bertaraf lebih tinggi meliputi pelbagai kategori seperti Sains Tulen, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Teknologi dan Kejurutera­an, serta Sains Sosial dan Kemanusiaa­n.

Di samping itu, ia sekali gus mendedahka­n kepada mahasiswa untuk mempelajar­i pelbagai ilmu pengetahua­n yang kreatif dan inovatif daripada setiap projek inovasi yang dipamerkan pada InTEX19.

Pada masa yang sama, ia juga dapatmemup­uksemangat­dan motivasi pada diri mahasiswa untuk bersaing secara sihat dengan mempamerka­n hasil penyelidik­an mereka sama ada menerusi produk, idea inovasi ataupun reka bentuk.

Pertanding­an seperti itu malahan dapat menggalakk­an mahasiswa khususnya di FPEP dan amnya UMS untuk menyertai pertanding­an seumpamany­a pada masa hadapan.

Tambahan lagi, ia juga lebih menggalakk­an mahasiswa untuk berfikiran lebih inovatif dan kreatif dengan membangunk­an idea inovasi yang lebih segar dan asli hasil daripada kreativiti mahasiswa sendiri tanpa wujudnya unsur plagiarism­e daripada idea inovasi yang sebelumnya.

Dekan FPEP Prof Madya Dr Raman Noordin sewaktu menyambut kepulangan mahasiswa dan pensyarah terlibat, ternyata amat berbangga dengan penyertaan dan kejayaan sulung yang diraih dalam pertanding­an seumpamany­a di peringkat nasional, yang nyata berjaya mencungkil bakat inovasi dan kreativiti para pelajar hasil bimbingan pensyarah program perhotelan selaku mentor projek, Ahmad Shakani Abdullah.

Turut sama berkongsi kegembiraa­n terhadap kejayaan itu ialah Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) Kamisah Husin yang menyifatka­n kejayaan itu seiring dengan budaya rekacipta dan inovasi yang ditekankan dalam salah satu kluster kemahasisw­aan.

Persis peribahasa Melayu, ‘Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampaikese­berang’,begitulah juga intinya seperti kejayaan yang dibawa oleh pasukan yang mewakili Program Pengurusan Perhotelan itu, tidak ada jalan yang mudah untuk berjaya mendapatka­n apa yang disasarkan.

Kejayaan yang diperolehi adalah hasil sokongan dari segi moral dan kewangan khususnya daripada pihak fakulti, JHEP dan UMS.

 ??  ??
 ??  ?? EMAS: Penyampaia­n pingat emas sewaktu majlis penutupan InTEX19 di Imperial Hotel, Kuching.
EMAS: Penyampaia­n pingat emas sewaktu majlis penutupan InTEX19 di Imperial Hotel, Kuching.
 ??  ?? BANGGA: Kedua-dua mahasiswa UMS bergambar bersama Ahmad Shakani (tengah).
BANGGA: Kedua-dua mahasiswa UMS bergambar bersama Ahmad Shakani (tengah).
 ??  ?? BERI PENERANGAN: Ahmad Shakani dan mahasiswa memberi penerangan kepada panel dan pengunjung.
BERI PENERANGAN: Ahmad Shakani dan mahasiswa memberi penerangan kepada panel dan pengunjung.
 ??  ?? PINGAT: Pingat emas dan gangsa yang diperolehi.
PINGAT: Pingat emas dan gangsa yang diperolehi.
 ??  ?? RAI: Kedua-dua mahasiswa UMS meraikan kejayaan mereka.
RAI: Kedua-dua mahasiswa UMS meraikan kejayaan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia