Utusan Borneo (Sabah)

Caj munasabah, jaminan DBKK untuk pengusaha bas

Jaminan DBKK untuk pengusaha bas beroperasi di Terminal Bas KK Sentral

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mengenakan caj yang munasabah untuk pengusaha bas yang beroperasi di Terminal Bas KK Sentral di sini.

PembantuMe­nterikepad­a Ketua Menteri Arifin Asgali berkata, setakat ini belum ada caj dikenakan untuk tempoh sebulan sejak ia dibuka pada 20 Julai lepas.

Sebagai menteri yang bertanggun­gjawab kepada DBKK, beliau menjelaska­n pihak penguasaha bas sudah dimaklumka­n mengenai caj berkenaan.

Menurutnya, perkara itu masih dalam proses perbincang­an di antara DBKK dengan pengusaha bas bagi memutuskan harga yang sesuai untuk caj kepada pengusaha bas di KK Sentral.

Ditanya sama ada wujud rungutan dalam kalangan pengusaha bas berhubung isu caj terbabit, Arifin berkata tiada rungutan atau aduan diterima setakat ini.

“Kalau ada rungutanru­ngutan seperti ini, pihak berkaitan boleh berjumpa untuk kita berbincang.

“Kita lebih kepada cara berbincang bukannya membuat keputusan tanpa perbincang­an,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Ibadah Korban DBKK di sini pada Selasa. Turut hadir Mayor DBKK Datuk Nordin Siman.

Arifin berkata, jika ada sebarang masalah, pihak pengusaha bas boleh berjumpa beliau atau Mayor DBKK untuk kebaikan semua pihak.

Operasi perkhidmat­an bas ekspress bagi laluan Beaufort, Menumbok, Sipitang, Lawas, Limbang, dan Brunei Darussalam mula dipindahka­n ke KK Sentral sejak 20 Julai lepas.

Sebelum ini, kesemua perkhidmat­an bas ekspress berkenaan beroperasi di Terminal Sementara Jalan Tugu berhampira­n dengan bangunan DBKK di sini.

 ??  ?? KK SENTRAL: DBKK akan mengenakan caj yang munasabah kepada pengusaha bas di KK Sentral.
KK SENTRAL: DBKK akan mengenakan caj yang munasabah kepada pengusaha bas di KK Sentral.
 ??  ?? SIDANG MEDIA: Arifin (kanan) dan Nordin (kiri) bercakap kepada media selepas majlis itu.
SIDANG MEDIA: Arifin (kanan) dan Nordin (kiri) bercakap kepada media selepas majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia