Utusan Borneo (Sabah)

LAPAN INDIVIDU DITAHAN

Polis rampas 22 senjata api pelbagai jenis dan 1,600 peluru

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang membuat pelbagai jenis senjata tanpa lesen sejak 25 tahun lalu akhirnya ditahan sepasukan polis dalam satu serbuan di rumahnya di Kampung Kinaratuan, Ranau pada 6 Ogos lalu.

Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata serbuan beberapa siri itu turut menahan tujuh lelaki tempatan lain serta merampas 22 senjata dan 1,600 butir peluru pelbagai jenis.

“Hasil maklumat risikan serta siasatan berterusan membawa kepada serbuan pertama sebelum menahan lelaki berumur 60-an di salah sebuah bilik tingkat bawah di mana empat laras senjata api buatan sendiri jenis bakakuk serta 26 butir peluru jenis 12 Bore pelbagai jenis dirampas.

“Pembuat senjata kemudianny­a berjaya ditahan dalam serbuan kedua dan polis merampas senapang angin serta pistol angin jenis Glock beserta kelopak dan 1,455 butir peluru pelbagai saiz.

“Kita juga merampas kain dan botol minyak pencuci senjata serta bekas plastik dan kotak kosong yang dipercayai barangan untuk membuat senjata,” katanya.

Zaini berkata serbuan seterusnya di bahagian stor rumah dan pondok kecil berjaya menahan seorang lagi lelaki berumur 60-an serta merampas lima senjata dan pistol, peralatan tangan sembilan butir peluru serta telefon bimbit.

Katanya selepas penahanan pembuat senjata dan pembantuny­a, polis kemudianny­a menahan pelanggan serta pembeli senjata yang dihasilkan oleh suspek dalam beberapa siri serbuan keesokan harinya di Kampung Tanah Merah, Kapatahan Bundu Tuhan, Debut dan Lohan Ulu.

“Kita menahan empat lelaki tempatan berumur 46 hingga 83 tahun dan merampas tiga senapang, dua pistol buatan sendiri 257 butir peluru dan sarung senapang.

“Susulan tangkapan di Ranau, polis sekali lagi menahan seorang lelaki di Kem Tentera Lok Kawi bagi membantu siasatan berikutan dipercayai pernah bertemu suspek untuk mendapatka­n perkhidmat­an membaiki senjata,” katanya.

Beliau berkata hasil siasatan lanjut mendapati suspek sudah menjalanka­n kegiatan membuat senjata dengan meniru reka bentuk senjata lain termasuk senjata mainan sejak 25 tahun lalu dan menjualnya mengikut harga tertentu bermula RM800 hingga RM1,800.

“Suspek akan menjualnya kepada pembeli yang datang sendiri ke rumahnya dan mendakwa memiliki senjata termasuk bakakuk, ginsok serta senapang angin itu bagi tujuan keselamata­n tanaman ladang atau memburu,” katanya.

Zaini berkata suspek dan pembantuny­a kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda hukuman mati atau penjara seumur hidup, atau sebat tidak kurang enam kali.

Beliau juga menasihatk­an agar mana-mana penduduk yang mempunyai senjata buatan sendiri supaya menyerahka­n kepada pihak polis untuk mengelakka­n daripada ditahan pihak berkuasa dan dikenakan tindakan undang-undang.

 ??  ?? SENJATA: Zaini menunjukka­n salah satu senjata api buatan sendiri semasa sidang media di IPK Sabah pada Selasa.
SENJATA: Zaini menunjukka­n salah satu senjata api buatan sendiri semasa sidang media di IPK Sabah pada Selasa.
 ??  ?? RAMPASAN: Sebahagian senjata api yang dibuat oleh suspek sebelum dijual kepada pembeli.
RAMPASAN: Sebahagian senjata api yang dibuat oleh suspek sebelum dijual kepada pembeli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia