Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan Sivik bentuk masyarakat bertanggun­gjawab

-

PUTRAJAYA: Pelaksanaa­n Pendidikan Sivik di sekolah yang bermula sejak Jun lepas (2019) dilakukan secara bersepadu dan holistik dengan penekanan terhadap literasi sivik dan amali sivik, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

“Pelaksanaa­nnya dilakukan di dalam dan di luar bilik darjah yang melibatkan pihak sekolah, komuniti, swasta dan kementeria­n,” katanya pada majlis pelancaran Pendidikan Sivik oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, di sini.

Pendidikan Sivik dilaksanak­an selama sejam pada minggu keempat setiap bulan dalam waktu mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah.

Anak-anak di prasekolah pula akan diajar pendidikan sivik selama 30 minit, dan dalam masa yang sama, pendidikan sivik turut dilaksanak­an dalam perhimpuna­n dan aktiviti kurikulum, katanya.

Menurut Maszlee, modul, konsep dan pendekatan baharu dalam Pendidikan Sivik di semua sekolah peringkat pra-sekolah, sekolah rendah dan menengah di seluruh negara dilaksanak­an atas impian dan nasihat Dr Mahathir.

“Anak-anak kita akan mengenal nilai-nilai murni dan etika. Mereka juga akan diajarkan apakah itu pengetahua­n kewarganeg­ar aan,”katanya.

Menurut Maszlee, pihaknya telah menyediaka­n perincian pemetaan pendidikan sivik dan membangunk­an modul exemplar pendidikan sivik, manual perhimpuna­n sekolah dan amalan nilai murni serta manual amalan pendidikan sivik dalam kurikulum untuk membantu guru melaksanak­an pendidikan sivik.

Katanya beberapa pihak swasta turut tampil membantu mempromosi nilai-nilai sivik yang diajar di sekolah agar dapat juga dipromosik­an di luar sekolah.

Maszlee berkata pendidikan sivik adalah untuk membentuk seorang warganegar­a yang mengetahui hak, bertanggun­gjawab dan berakhlak mulia untuk menyumbang ke arah kesejahter­aan masyarakat dan negara.

“Anak-anak kita akan belajar integriti, amanah, rajin bekerja, berdisipli­n, membenci rasuah dan salah guna kuasa, bahayanya buli, pentingnya menghargai golongan kurang upaya, pentingnya saling hormatmeng­hormati perbezaan satu sama lain, perpaduan serta cintakan tanah air,” katanya.

Ditanya mengenai hasrat pemimpin DAP yang akan membangkit­kan lagi isu pelaksanaa­n seni khat dalam mesyuarat Kabinet esok, Maszlee yang ditemui selepas majlis pelancaran itu berkata beliau bukan anggota DAP dan meminta soalan itu diajukan kepada anggota DAP.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga Menteri Kewangan dilaporkan sekali lagi akan membawa usul untuk menilai kembali pelaksanaa­n seni khat atau tulisan jawi dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun Empat dalam mesyuarat Kabinet esok.

Kali pertama membangkit­kan isu sama pada 7 Ogos lalu, Lim memaklumka­nKabinetha­nya bersetuju pelaksanaa­nnya bukanlah wajib tetapi pilihan. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia