Utusan Borneo (Sabah)

Mayat ditemui di kawasan pencarian Nora Anne

-

NILAI: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada Selasa menemui mayat dipercayai seorang wanita pada hari kesepuluh operasi mencari dan menyelamat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang dilapor hilang dari resort The Dusun, di sini 4 Ogos lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusof yang mengesahka­n penemuan itu berkata mayat itu ditemui pada pukul 1.57 tengah hari.

Mayat wanita berkulit putih itu bagaimanap­un belum dapat disahkan identiti. Forensik polis telah dihubungi untuk pengesahan,” katanya kepada pemberita di sini. - Bernama

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Meabh Jaseprine Qouirin (tengah) dan Sebastian Marie Philipe (kiri), ibu dan bapa kepada seorang remaja warga Ireland Nora Anne Quoirin, 15, ketika ditemui pada sidang media tertutup di Balai Polis Pantai, pada Selasa. Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Che Zakaria Othman.
SIDANG MEDIA: Meabh Jaseprine Qouirin (tengah) dan Sebastian Marie Philipe (kiri), ibu dan bapa kepada seorang remaja warga Ireland Nora Anne Quoirin, 15, ketika ditemui pada sidang media tertutup di Balai Polis Pantai, pada Selasa. Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Che Zakaria Othman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia