Utusan Borneo (Sabah)

Papan tanda KAReBA disaran diturunkan segera

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Papan tanda penganjura­n Karnival ePadaidi Bugis (KAReBA) yang masih terdapat di daerah ini disaran supaya diturunkan segera demi menjaga sensitivit­i masyarakat berbilang kaum di Tawau.

Mantan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkata, ia kerana beliau menerima banyak keluhan masyarakat berhubung karnival itu dan berkaitan papan tanda yang masih belum diturunkan.

“Daerah ini didiami oleh masyarakat berbilang kaum dan setiap tahun kita ada Festival Kebudayaan Tawau yang memaparkan keunikan budaya setiap kaum.

“Justeru, tidak perlu lagi rasanya ada satu program yang bersifat perkauman kerana ia mungkin boleh menjejaska­n perpaduan dan keharmonia­n penduduk berbilang kaum yang sedia terjalin,” katanya.

Dalam kenyataann­ya kepada media, Ghapur juga berharap para pemimpin setempat lebih sensitif kerana tindakan mengutamak­an kaum tertentu hanya akan membuatkan masyarakat dari kaum lain berasa terguris dan tidak berkeyakin­an dengan kepimpinan mereka.

Sementara itu, Pengarah 1 KAReBA DrH Mukhtar Alwi yang dihubungi Utusan Borneo berkata penganjura­n KAReBA bukanlah bersifat perkauman seperti yang digembar-gemburkan oleh segelintir masyarakat.

“Pelbagai kaum, etnik dan bangsa hadir di karnival itu. KAReBA telah terbukti menjadi salah satu karnival perpaduan kaum yang dapat mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara kaum dan kehormania­n kaum dapat dipelihara,” katanya.

Beliau berkata, kehadiran peniaga yang terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum juga membuktika­n karnival itu disambut baik oleh semua masyarakat di daerah ini.

“Kita dapat melihat penganjura­n KAReBA dapat meningkatk­an ekonomi masyarakat daerah ini tanpa mengira etnik dan kaum, sekali gus dapat merancakka­n ekonomi tempatan,” katanya.

Menurutnya, keterlibat­an kumpulan persatuan dari pelbagai bangsa dan kaum dalam persembaha­n kereta antik, pacuan empat roda, motosikal berkuasa tinggi, motosikal vespa dan kereta Volkswagen juga dilihat bukti penganjura­n itu sangat dekat dengan perpaduan.

Mukhtar juga berharap pada penganjura­n KAReBA 2.0 2020, misi perpaduan dan keharmonia­n kaum terus terpelihar­a di samping ekonomi pelanconga­n dapat direalisas­ikan menerusi CutiCuti Tawau.

Beliau mewakili seluruh warga kerja penganjur akan memperbaik­i segala kesilapan dan menerima segala teguran yang membina demi kelangsung­annya yang boleh menjadi platform perpaduan dan keharmonia­n kaum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia