Utusan Borneo (Sabah)

Armada, NGO Angkatan adakan projek Qurban

-

PUTATAN: Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama NGO Angkatan buat pertama kalinya telah mengadakan Projek Angkatan Qurban 1440H di sini, sempena Hari Raya Aidiladha.

Majlis itu telah dianjurkan oleh Armada Negeri Sabah, NGO Angkatan dan Armada Bahagian Putatan dengan kerjasama Komuniti Kumpulan Penyelaras Nelayan Pasir Putih di Jeti Nelayan Kampung Pasir Putih, di sini kelmarin.

Exco Armada Nasional BersatuMuz­zammilIsma­iltelah merasmikan program itu yang menyaksika­n sebanyak lima ekor lembu dikorbanka­n.

Turut hadir ialah Ketua Armada Bersatu Sabah Mohd Isquzawan Israq Arsit, Ketua Armada Sipitang Zulhuzaimi­e dan Ketua Armada Pensiangan Awangku Azuan Hamzah.

Menurut Muzzammil, seramai 180 orang terdiri daripada ahli Armada dan komuniti nelayan kawasan Pasir Putih telah menyertai program itu.

Katanya, lembu-lembu korban itu telah disumbangk­an oleh Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Setiausaha Agung Bersatu Senator Datuk Marzuki Yahya dan Ketua Armada Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Armada sangat berbesar hati kerana dapat mengadakan program ibadah korban ini bersama-sama komuniti di kawasan Pasir Putih.

“Ini adalah kali pertama Armada mengadakan ibadah korban melibatkan komuniti di sini. Selain menjalanka­n ibadat korban, kita berharap program ini dapat mengeratka­n lagi hubungan sesama komuniti di kawasan ini,” katanya ketika ditemui.

 ??  ?? SUMBANGAN: Muzzammil (lima dari kiri) menyampaik­an sumbangan daging korban kepada wakil penduduk Kampung Pasir Putih, sambil diperhatik­an oleh Mohd Isquzawan (empat dari kiri) dan pemimpin masyarakat setempat.
SUMBANGAN: Muzzammil (lima dari kiri) menyampaik­an sumbangan daging korban kepada wakil penduduk Kampung Pasir Putih, sambil diperhatik­an oleh Mohd Isquzawan (empat dari kiri) dan pemimpin masyarakat setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia