Utusan Borneo (Sabah)

Kedai jual pakaian terbakar

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat

- Oleh Vivi Olviana Najurus

TUARAN: Sebuah kedai menjual pakaian musnah dalam kebakaran kira-kira jam 4.50 petang semalam.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Sailin Jun berkata sebaik menerima panggilan berkenaan kejadian pihaknya menggegask­an sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran ke lokasi.

Katanya, operasi pemadaman turut dibantu sepasukan anggota dari BBP Lintas. “Kebakaran membabitka­n sebuah kedai pakaian di di tingkat bawah bangunan deretan kedai di Pekan Tamparuli.

“Operasi pemadaman dilaksanak­an menggunaka­n sumber air dari jentera bomba,” katanya.

Menurutnya setakat jam 7.40 malam pihaknya masih menjalanka­n operasi pemadaman dan maklumat lanjut berkenaan keluasan kebakaran serta kerugian keseluruha­n akan disalurkan dari semasa ke semasa.

Beliau bagaimanap­un berkata maklumat awal mendedahka­ntiadaseba­rang mangsa yang cedera dalam kejadian ini.

 ??  ?? MUSNAH: Keadaan kedai pakaian di Pekan Tuaran yang terbakar pada petang semalam. KEBAKARAN 1
MUSNAH: Keadaan kedai pakaian di Pekan Tuaran yang terbakar pada petang semalam. KEBAKARAN 1

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia