Utusan Borneo (Sabah)

Denda RM5,600, gagal sediakan inventori bahan kimia berbahaya

-

Sebuah syarikat dikenakan denda RM5,600 oleh Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan gagal menyediaka­n inventori bahan kimia berbahaya bagi tahun lalu.

Majistret Lovely Natasha Charles membuat keputusan terbabit selepas wakil syarikat Sabah Oxygen Sdn Bhd mengaku salah atas tuduhan itu.

Selain itu, syarikat berkenaan yang merupakan pengilang dan pengimport kimia berbahaya juga didapati gagal mengemukak­an inventori berkenaan kepada Ketua Pengarah sebelum 31 Mac.

Kesalahan didapati dilakukan ketika sepasukan pegawai Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) melakukan pemeriksaa­n di premis syarikat berkenaan pada 30 April di Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKIP) di sini.

Bahan kimia terbabit adalah cecair oksigen, argon mampat, karbon dioksida, cecair nitrogen, asetelina larut, udara mampat dan nitrogen mampat.

Untuk tujuh pertuduhan itu, mahkamah mengenakan denda sebanyak RM800 atau kegagalan membayar, penjara selama sebulan.

Syarikat terbabit didakwa mengikut Peraturan 14 (2) Peraturan-Peraturan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamata­n Bahan Kimia Berbahaya) 2013.

Pegawai Pendakwa Ady Norman Sulaiman dari JKKP melakukan pendakwaan sementara syarikat diwakili Peguam Lo Chun Kiat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia