Utusan Borneo (Sabah)

MPS cemerlang di bawah pentadbira­n Peter Hii

Tempoh perkhidmat­an presiden MPS tamat awal bulan September

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Datuk Peter Hii Chang Lik berkata pelantikan­nya sebagai presiden Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal pada September tahun lepas bakal berakhir awal bulan depan.

Setelah berkhidmat hampir setahun, beliau melahirkan rasa kesal dan memohon maaf di atas kegagalann­ya untuk meneruskan perkhidmat­an yang terbaik kepada rakyat dan tidak dapat memenuhi kehendak serta memuaskan hati semua orang sepanjang tempoh itu.

Beliau mengimbas semula pelantikan­nya di mana ia adalah pertama kali agensi kerajaan direformas­i untuk ketelusan, sifat rasuah dan mempertaha­nkan kepentinga­n rakyat.

“Selepas diusahakan, kecekapan kerja kakitangan di MPS semakin bertambah baik dan juga mendapat kerjasama sepenuhnya daripada warga Sandakan,” katanya.

Peter Hii yang memiliki intergiti tinggi dengan tidak mengamalka­n rasuah, tidak memihak mana-mana pihak yang melakukan kesalahan, bersikap positif dan agresif dalam melaksanak­an tugasnya.

Oleh itu, kakitangan MPS telah bersetuju dan bekerjasam­a dengannya bagi memperbaha­rui dan melaksanak­an reformasi dalam tugasan harian.

Ia menyebabka­n dalam tahun ini, kerja pentadbira­n dan kecekapan prestasi telah bertambah baik dan juga mendapat pujian daripada masyarakat Sandakan dan badan-badan bukan kerajaan.

Peter Hii berkata selepas MPS mengambil tindakan inovasi pentadbira­n, kakitangan MPS memberi kerjasama sepenuhnya kepada prinsip kerajaan demi memajukan pembanguna­n setempat.

“Bagaimanap­un, dalam tempoh reformasi ini, terdapat pelbagai sumber dan bukan satu hari boleh mencapai prestasi kecekapan dalam pentadbira­n, ia adalah sukar untuk melakukan yang terbaik.

“Tambahan pula, gagal memenuhi kehendak semua orang. Oleh itu, kritikan juga tidak dapat dielakkan,” katanya.

Sepanjang MPS di bawah pentadbira­nnya, beliau telah melakukan pengoptimu­man dan kecekapan tinggi dalam tugas harian dan MPS itu sendiri.

“Sebagai contoh, dalam pembersiha­n di kawasan Bandar Sandakan telah berlaku perubahan besar dan tahap kebersihan bertambah baik. Ini boleh dilihat oleh semua orang,” jelasnya.

Ekoran itu, beliau bersemanga­t untuk membangunk­an Bandar Sandakan agar dapat memberi manfaat kepada rakyat di sini.

Peter Hii menerima cabaran daripada Ketua Menteri untuk meneruskan tugasnya sebagai presiden MPS dengan lebih baik.

“Walaupun pelaksanaa­n itu tidak boleh memuaskan semua warga Sandakan dan tidak menyerahka­n semua skor yang sempurna.

“Oleh itu, selepas mempertimb­angkan dengan teliti, saya meminta maaf kerana tidak dapat memberikan perkhidmat­an yang terbaik kepada semua.

“Saya sudah berusaha sedaya upaya melakukan perkhidmat­an yang terbaik kepada masyarakat Sandakan sehingga tamat tempoh perkhidmat­an saya ini,” katanya.

Mengenai isu pembersiha­n dan kesihatan di Bandar Sandakan, semua orang dapat melihat bahawa pemandanga­n bandar sudah banyak berubah.

Di mana, sedang dijalan tender bagi melaksanak­an naik taraf, antaranya pembinaan projek lampu di Jalan Sibuga, projek menaik taraf Taman Grandview dan Pulau Bahara, dan sebagainya.

Di samping itu, keadaan kewangan MPS semakin bertambah baik. Ia jelas menunjukka­n bahawa kerugian atau perbelanja­an adalah lebih jauh berbeza berbanding tahun lalu.

Selepas tamat tempohnya, Peter Hii berharap para pemimpin baharu akan bekerja keras untuk menarik taraf Bandar Sandakan, dan merayu kepada rakyat untuk memberi sokongan dan kerjasama kepada pemimpin baharu demi memajukan Sandakan.

“Saya berharap pemimpin baharu akan menjalanka­n tugasnya secara jujur, telus, bertanggun­gjawab dan demokratik serta terus bekerjasam­a untuk menghapusk­an rasuah dan menjadi seorang pemimpin yang mematuhi undangunda­ng supaya menjadi contoh kepada rakyat,” katanya.

Beliau juga berharap semua orang akan terus bersaing, mengukuhka­n daya saing mereka dan bekerjasam­a untuk mamajukan ekonomi bagi mencapai kemakmuran masa depan Sandakan.

 ??  ?? CEMERLANG: Peter Hii bakal tamat tempoh perkhidmat­an sebagai presiden MPS.
CEMERLANG: Peter Hii bakal tamat tempoh perkhidmat­an sebagai presiden MPS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia