Utusan Borneo (Sabah)

Dua ditahan bantu siasatan kes tetak warga emas sehingga mati di Sabak Bernam

-

SHAH ALAM:Polis menahan dua individu lelaki bagi membantu siasatan kes tetak yang menyebabka­n seorang wanita warga emas maut manakala cucu lelakinya parah dalam kejadian di Sabak Bernam dekat sini awal pagi kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, DSP Lim Chee Khoon berkata kedua-dua suspek itu ditahan di sekitar Sabak Bernam pada petang semalam dan awal pagi semalam.

“Suspek pertama berusia 37 tahun ditahan pada 7 malam semalam manakala suspek kedua berusia 45 tahun ditahan pada kira-kira 1 pagi tadi (semalam) , kedua-dua mereka ditahan di sekitar sini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Tambah Lim pihaknya sedang mengesan saki baki suspek dan menjangkak­an akan membuat beberapa lagi tangkapan dalam masa terdekat.

“Motif serangan kejadian malam tadi (semalam) kami masih lagi siasat,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi semalam, P. Runkanaike­y, 78, maut akibat cedera parah di seluruh badan manakala cucunya, N. Silamparas­an, 22, cedera parah di beberapa bahagian badan selepas ditetak oleh lima individu bertopeng di rumahnya.

Dalam kejadian itu juga tiada wang tunai atau barang kemas milik mangsa telah dilarikan suspek, malah sebuah pacuan empat roda jenis Ford Ranger juga tidak dilarikan.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia