Utusan Borneo (Sabah)

DEMOSTRASI:

-

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali melihat demostrasi cara mengambil sarang burung walit daripada Pegawai Pemasaran Gua MAHA, Nurul Amirah Norul Anuar ketika melakukan kunjungan di perusahaan sarang burung walit, yang merupakan produk tempatan di kawasan kaki puncak gunung tertinggi iaitu Gunung Raya, di Langkawi pada Isnin.

Nama ‘Gua’ ini diambil sempena kehidupan asal burung walit adalah daripada gua, manakala perkataan ‘MAHA’ adalah daripada ‘MA’ daripada perkataan ‘Malaysia’ dan ‘HA’ daripada perkataan ‘Hasil’.

Terdapat dua spesis burung walit di Gua MAHA iaitu Aerodramus Fuciphagus dan Aerodramus Germani. Pelanggan yang datang dapat melihat secara langsung kehidupan haiwan itu melalui kamera litar tertutup yang menggunaka­n teknologi sinar inframerah.

Di Gua MAHA, selain menyediaka­n makanan dan minuman daripada produk burung walit, pengunjung dapat melihat sendiri proses pemilihan sarang burung walit yang paling berkualiti tinggi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia